Hubungan Erat Sultan Ibrahim Dan Rakyat Menjadi Tunjang Perpaduan Bangsa Johor

Tidak kira di mana sahaja keberangkatan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, pastinya laungan ‘Daulat Tuanku’ dari rakyat jelata tidak pernah putus kedengaran.

Hubungan erat antara Tuanku Sultan Ibrahim dan Bangsa Johor tidak pernah pudar malah, rakyat juga amat menyanjung tinggi kepemimpinan Baginda yang sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

Pada 10 Jun 2018 yang lalu, Tuanku Sultan Ibrahim bersama paduka anakanda serta suami kepada YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim, Encik Dennis Muhammad Abdullah berkenan meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Orang ramai juga melaungkan Daulat Tuanku sebaik keberangkatan tiba Baginda serta Keluarga Diraja Johor.

Pengunjung bukan sahaja terkejut dan teruja melihat keberangkatan Tuanku Sultan Johor bersama Keluarga DiRaja Johor, malah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta bergambar bersama Baginda.

Sifat Baginda dan Keluarga DiRaja Johor yang mesra rakyat sentiasa menjadi tunjang Perpaduan Bangsa Johor.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

daulat 1 daulat 2 daulat 3 daulat 4 daulat 5 daulat 6 daulat 7

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.