Ibu Maut Dikelar Anak

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Wanita warga emas ditemui mati dengan kesan kelar pada leher di dapur rumahnya dipercayai dibunuh anak lelakinya di Jalan Cempaka, Taman Air Bemban dekat Kulai, Johor dalam kejadian 12 Ogos.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi, jasad mangsa yang berusia 69 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian dapur rumah oleh anak lelaki bongsunya yang baru pulang bekerja dari Singapura.

Mangsa yang mempunyai tiga anak itu didapati cedera di bahagian muka serta leher dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, pihaknya juga sudah menahan anak lelaki mangsa yang berusia 30 tahun di sekitar kawasan rumahnya, pada kira-kira 1 petang.

Hasil siasatan mendapati, suspek pernah menjalani rawatan mental di Hospital Tampoi, Johor Bahru. Motif pembunuhan masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali berkata, mangsa tinggal di rumah berkenaan dengan suaminya yang sedang sakit bersama-sama dua lagi anak lelakinya.

Anak bongsunya bekerja di Singapura manakala yang sulung itu tidak bekerja sejak tahun lalu. Menurut jiran mangsa, mereka selalu terdengar keluarga tersebut bergaduh dan jiran-jiran yang lain juga tahu bahawa anak sulunya sering mengamuk di rumah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.