Ini Adalah Sebab Mengapa Anda Perlu Berpindah Ke Negeri Di Selatan Tanah Air

Artikel dari The Star Online telah menyenaraikan beberapa sebab mengapa orang ramai perlu berhijrah ke Johor Bahru atau JB, iaitu ibu negeri Johor.

Antara sebabnya adalah keseluruhan negeri ini adalah ibarat sebuah pusat riadah yang besar di mana terdapatnya Johor Premium Outlet (JPO), ‘Pasar Karat’ dan Legoland. Selain itu, JB juga adalah sebuah lokasi yang sangat sesuai kerana terletak di antara Kota Singapura dan Kuala Lumpur.

Seterusnya, semakin ramai rakyat Malaysia yang berhijrah ke negeri Johor atas pelbagai sebab seperti kemudahan yang terbaik, kos sara hidup yang baik dan juga pilihan dalam bidang pendidikan bertaraf dunia. Di Johor juga terdapat banyak makanan tradisional tempatan dari seluruh pelusuk negara.

Anda boleh menikmatinya dari pelbagai pilihan kedai kopi moden sehinggalah ke warung tempatan.

Pembangunan yang pesat dan semakin rancak di Johor juga memberi satu lagi pilihan yang baik untuk berhijrah ke negeri ini kerana peluang pekerjaan semakin meningkat sama ada dalam bidang perniagaan, pendidikan, kesihatan, perindustrian dan pelancongan.

Sumber JOHOR Southern Tigers

johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.