Istana Besar Johor

Istana Besar merupakan salah satu daripada istana Sultan Johor. Istana ini terletak di Johor Bahru, Johor. Sebelum Istana Bukit Serene disiapkan, istana ini merupakan kediaman rasmi Sultan Johor. Pada tahun 1864, Sultan Abu Bakar telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Istana Besar Johor. Istana tersebut siap dibina pada tahun 1866 oleh Wong Ah Fook.

dssgft

Pada awalnya, istana ini bukan sahaja berperanan sebagai kediaman Diraja, malah merupakan pusat pentadbiran kerajaan negeri. Di dalam kawasan istana juga dibin beberapa istana lain sebagai kediaman kerabat dan juga untuk kegunaan urusan rasmi.

Pada masa pembinaanya, Istana Besar merupakan istana yang paling megah di Tanah Melayu. Istana ini mempunyai dua laluan laluan utama yang menpunyai tangga agung. Disebelah Selat Johor pula, laluan menaiki tangga tersebut digunakan semasa zaman bot, yang merupakan satu-satunya pengangkutan yang wujud untuk membawa tetamu dari Singapuura ke Johor. Tangga agung yang menghadap dataran dan kebun istana, membawa tetamu terus ke Bilik Singahsana.

dssgft

Terdapat sebuah dewan bersebelahan dengan bangunan utama Istana Besar. Kegunaan dewan ini adalah untuk majlis-majlis rasmi seperti Hari Keputeraan DYMM Sultan. Sebelumnya dewan ini menenpatkan Perbendaharaan Negeri dan beberapa jabatan kerajaan yang lain. Di dalam dewan tersebut juga terdapat papan tanda peringatan yang merupakan hadiah daripada masyarakat Cina Johor.

Di dalam kawasan istana tersebut juga terdapat Istana Zaharah dan Balai Zaharah. Istana ini pada mulanya menempatkan kerabat Sultan Abu Bakar yang berpindah daripada Telok Blangah ke Johor Bahru. Istana tersebut kemudiannya menempatkan pejabat-pejabat jabatan kerajaan, sebelum ianya berpindah ke Bangunan Sultan Ibrahim pada tahun 1940.

dssgft

Antara istana yang terdapat di dalam perkarangan Istana Besar, Istana Marbal dan Istana Semayam. Istana Marbal dinamakan sempena Marlborough House di London. Pada mulanya Istana Marbal didiami oleh Dr. G.H Garlick, pengarah kesihatan pada ketika itu. Ia kemudiannya menjadi istana persemayaman Tunku Abu Bakar, putera kedua Sultan Ibrahim. Istana Marbal kini menjadi pejabat bagi Pejabat Bunga Istana Johor.

Sementara Istana Semayam pula merupakan kediaman Sultanah Fatimah, yang mana kemudiannya telah menjadi kediaman Sultan Ismail semasa bagunda bergelar Tunku Mahkota. Istana tersebut telah dirobohkan dah hanya tinggal tangga sahaja sebagai tanda ingatan.

Almarhum Sultan Iskandar telah mengarahkan agar istana ini dijadikan muzium diraja negeri Johor untuk tatapan rakyat jelata. Walau bagaimanapun, istana ini tetap dijadikan tempat berlangsungnya upacara rasmi dan istiadat diraja seperti pemahkotaan sultan dan sultanah Johor, penganugerahan darjah kebesaran dan tempat bersemayam Sultan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.