Istana Bukit Serene

Istana Bukit Serene merupakan istana kediaman rasmi bagi Sultan Johor. Almarhum Sultan Iskandar yang mula menjadikan istana ini sebagai kediaman rasmi baginda dengan mengisytiharkan Istana Besar Johor dijadikan muzium diraja negeri Johor untuk tatapan rakyat jelata. Istana ini terletak di Bukit Serene, Johor Bahru, dan menghadap Selat Johor.

dssgft

Untuk pengetahuan para pembaca setia orangjohor.com, Istana Bukit Serene dibina pada tahun 1933 dan disempurnakan pembinaannya pada 1939. Istana ini merupakan milik kerajaan negeri Johor tetapi dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Ibrahim bersempena dengan ulangtahun pemerintahan baginda yang ke 40 sebagai Sultan Johor.

Istana Bukit Serene ini menpunyai keluasan seluas 121.4 hektar. Istana Serene ini berbumbung hijau dan terletak di atas Bukit Serene yang menghadap Teluk Danga. Istana ini mempunyai menara setinggi 35 meter dan boleh dilihat dari Teluk Danga atau dikenali juga sebagai Danga Bay.

dssgft

Istana Serene juga menjadi salah satu daripada tarikan pelancongan yang ada di Johor Bahru. Istana ini mempunyai sebuah taman yang indah dan majlis keramaian kerap diadakan di sini. Istana ini dikawal oleh Pasukan Askar Timbalan Setia Johor ataupun The Johor Military Force.

dssgft

Untuk makluman semua pembaca setia orangjohor.com, di istana ini terdapat lima buah bilik, yang mana bilik-bilik tersebut tidak menpunyai nama khusus dan ianya diberi gelaran tidak rasmi atas kegunaan biasa. Oleh yang demikian, semasa pemeritahan Sultan Ibrahim Ismail, kamar beradu Sultan Johor sering dirujuk sebagai bahagian sayap sultan manakala sayap yang satu lagi digelar sebagai sayap Tuanku Raja Zarith.

Tiga buah bilik lagi adalah untuk kegunaan anakanda-anakanda Sultan Johor dan sebuah ruang umum yang khusus untuk kegunaan keluarga diraja. Selain dari lima buah bilik yang berada di tingkat atas Istana Serene, dai istana ini terapat juga perpustakaan, pejabat sultan dan bilik persidangan yang berada di tingkat bawah.

dssgft

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, semasa Perang Dunia ke-II, Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita memindahkan markas tenteranya ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Daripada istana tersebut, Yamashita dapat melihat kedudukan askar Australia di seberang Selat Johor. Walaupun diberikan nasihat oleh pegawai-pegawainya bahawa Istana Bukit Serene sasaran mudah untuk diserang, Tomoyuki Yamashita sendiri yakin pihak British tidak akan menyerang Istana Bukit Serene yang menjadi pusaka Sultan Johor.

dssgft

Tekaan Tomoyuki Yamashita tepat sekali iaitu pihak British tidak menyerang Istana Bukit Serene. Tomoyuki Yamashita menggunakan menara Istana Bukit Serene sebagai tempat pemerhatian untuk meninjau keadaan di Singapura.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.