Istana Johor Tekankan Slogan ‘Muafakat Itu Berkat’ Tak Boleh diubah

Istana Johor menegaskan kepentingan slogan “Muafakat itu Berkat” yang termaktub di bawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan BN sebelum ini mengabungkan slogan berkenaan dalam slogan mereka sebagai “Muafakat Johor”.

Bagaimanapun, Menteri Besar Johor yang baru dilantik Datuk Osman Sapian pada Sabtu lalu menyatakan rancangan untuk menukar slogan BN itu kepada “Harapan Johor”.

Hari ini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli dalam kenyataan media menyatakan slogan “Muafakat Itu Berkat” akan dikekalkan.

Kenyataan itu tidak menyebutkan secara langsung kenyataan Osman Sabtu lalu.

“Seru “Muafakat Itu Berkat” diperkasa dan diabadikan dibawah Fasal 61 Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor yang memperuntukan seru tersebut hendaklah selama-lamanya dipakai dan diperkekalkan dengan tiada ubah atau dipinda,” katanya.

Kenyataan itu disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers dan dikongsi oleh Facebook Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Rahim turut menyentuh peranan Sultan Abu Bakar, bapa pemodenan Johor yang memperkenalkan pembaharuan meluas di negeri itu.

“Sistem pentadbiran moden ini, serta perpaduan rakyat yang kukuh amat disegani oleh British yang tidak dapat mencari helah untuk meletakkan Johor dibawah naungannya.

“Sultan Abu Bakar mencetuskan slogan “Muafakat Itu Berkat” sebagai dasar untuk mengukuhkan perpaduan dan kerjasama erat rakyat.

“Slogan ini dimartabatkan sebagai seru bagi Darjah Kerabat Johor Yang amat Dihormati yang Baginda ilhamkan pada tahun 1885,” katanya.

Sumber Malaysiakini 15 Mei 2018

johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.