Jangan Jadikan Dewan Undangan Negeri Seperti Sarkas, Titah Sultan Ibrahim

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri Johor supaya menjaga adab dan tatatertib ketika berada dan berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya tidak mahu dewan ini (DUN) dijadikan seperti sarkas. Sekiranya ada Ahli-Ahli Dewan yang bertindak melampau batas dan melanggar peraturan, maka arahkan mereka keluar dewan.

“Speaker DUN perlu menjalankan tugas dengan cekap dan tegas bagi memastikan perbahasan berjalan dengan berhemah serta teratur,” titah Baginda.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian pada pembukaan Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru hari ini (9 Ogos).

Berangkat sama, YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, sebagai raja yang memerintah, Baginda akan sentiasa memantau pentadbiran kerajaan, memberikan nasihat serta pandangan kepada Menteri Besar dan pentadbirannya.

Sultan Johor turut mengingatkan Kerajaan Negeri supaya berhati-hati apabila membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan desakan orang luar yang tidak tahu sejarah serta cara pentadbiran negeri Johor.

“Baca dan fahami setiap perkara yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan 1895, yang telah menjadi asas kepada pembentukan dan kemajuan negeri Johor sehingga ke hari ini,” titah Baginda.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

sultan 1 sultan 2 sultan 3 sultan 4 sultan 5

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.