Jangan Sentuh Isu Yang Boleh Menimbulkan Ketegangan, Titah Sultan Ibrahim

DYMM Sultan Johor mengingatkan semua parti politik agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan seperti kaum dan agama semasa pilihanraya umum nanti.

“Untuk menjamin keharmonian masyarakat, kita harus memberi fokus kepada titik persamaan, bukannya membandingkan perbezaan,” titah Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Baginda turut mengingatkan agar semua rakyat Malaysia supaya sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah, hanya kerana perbezaan pendapat dan parti politik.

“Orang yang sering membawa masalah adalah mereka yang suka menggunakan isu perkauman dan agama untuk menghasut rakyat membenci satu sama lain,” titah Baginda.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Malaysia Bike Week 2018 di MAEPS Serdang, Selangor hari ini (24 Mac).

Baginda bertitah, setiap rakyat bertanggungjawab untuk menjaga keharmonian hidup dan mengekalkan keamanan tanah air.

“Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, rakyat yang akan susah dan kestabilan negara akan musnah,” titah Tuanku Sultan Johor.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.