Jenazah Bonda DYMM Sultan Johor Selamat Tiba

Suasana hiba menyelubungi perkarangan Hangar DiRaja Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) ketika keranda bonda DYMM Sultan Johor diusung turun dari pesawat peribadi milik Baginda.

Terdahulu pesawat yang membawa jenazah bonda Tuanku Sultan Johor tiba dari London pada jam 11 malam dengan diiringi oleh DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Mengiringi sama ialah KYDTM Tengku Puan Pahang dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar dan YAM Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim serta paduka-paduka anakanda berkenan hadir menyambut ketibaan jenazah Almarhumah YAM Enche’ Besar Hajah Khalsom Binti Abdullah bersama Keluarga serta Kerabat DiRaja Johor.

Jenazah Almarhumah Hajah Khalsom kemudian diusung ke ambulans peribadi Tuanku Sultan Ibrahim sebelum dibawa ke Istana Besar.

Almarhumah Hajah Khalsom, 84, mangkat pada jam 7.55 malam (waktu London) di Hospital King Edward VII, London pada 1 Jun lalu.

Almarhumah akan dimakamkan di Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah sebelum solat zohor hari ini (6 Jun).

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

bonda 1 bonda 2

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.