Johor Negeri Pertama Yang Mencipta Darjah Kebesaran Di Antara Negeri-Negeri Tanah Melayu

Almarhum Sultan Sir Abu Bakar mengilhamkan dua darjah kebesaran Johor iaitu Darjah Kerabat Johor Yang Amat DiHormati (DK) dan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (SPMJ dan DPMJ) yang dizahirkan serentak pada 31 Julai 1886.

Zahirnya dua darjah kebesaran itu menjadikan Johor negeri pertama di Tanah Melayu menciptanya sebelum diikuti negeri-negeri lain 30 tahun kemudian.

Di antara penerima-penerima DK terawal ialah kekanda dan adinda Sultan Sir Abu Bakar. Antara penerima pertama bagi gelaran Dato’ Johor adalah Menteri Besar Dato’ Jaafar bin Mohammad; Dato’ Bentara Dalam Mohammad Ibrahim Abdullah Munshi, Dato’ Bentara Luar Mohammad Salleh Bin Perang, dan Pesuruhjaya Polis Dato’ Setia Abdullah Tahir.

Penerima SPMJ pertama yang bergelar Dato’ bagi ketua masyarakat Cina ialah Tan Hiok Nee iaitu seorang Ahli Dewan Negeri dan ketua Persatuan Ngee Heng Kongsi.

Gelaran Dato’ dipadankan daripada gelaran hulubalang Empayar Johor dalam kurun ke-15 lagi. Sultan Sir Abu Bakar meneruskan gelaran ini melalui peraturan perundangan serta fisikal.

Kriteria pemilihan Dato’ yang digunakan oleh Sultan Sir Abu Bakar adalah taat setia, perkhidmatan cemerlang, kepimpinan dan keikhlasan yang terus diamalkan oleh Sultan – Sultan Johor yang kemudian.

Mulai tahun 1990, calon yang beragama Islam dikehendaki menyempurnakan solat sunat dan melafaz sumpah Syarie bertaubat dan mohon ampun dan perlindungan Allah, dan sentiasa taat kepada perintah-Nya, serta taat kepada Raja dan kerajaan.

Dato’ Johor Melayu beragama Islam dan rakyat Johor adalah termasuk Ahli Jumaah Pangkuan Negeri yang bertanggungjawab dalam hal memilih dan mengesahkan Waris yang menggantikan Sultan yang mangkat.

Dato’ Johor tidak mempunyai persatuan atau lambang jawatan. Mereka juga tidak mempunyai sebarang hak keistimewaan.

Bagi mereka yang bukan beragama Islam, harapan dan asipirasi rakyat serta tanggungjawab terhadap mereka adalah sama beratnya, walaupun mereka tidak mengangkat sumpah.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

darjah 1 darjah 2 darjah 3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.