Jom Terokai Keindahan Pulau Sibu, Pulau Terindah Di Johor

Pulau Sibu merupakan salah satu pulau yang terdapat di negeri Johor. Pulau ini juga sering dijadikan tempat pelancongan bagi individu di dalam mahupun luar negara. Bagi mereka yang ingin bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitar, Pulau Sibu adalah salah satu pulau yang akan menjanjikan kepada anda nikmat percutian yang sebenar. Pulau ini terletak di Lautan Cina Selatan yang berkedudukan lebih 120KM daripada bandar Johor Bahru dan pulau ini juga terletak dalam daerah Mersing.

Pulau ini juga terbahagi kepada empat kawasan utama iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung. Bagi mereka yang gemar akan kehidupan laut, Pulau Sibu ini sangat sesuai dijadikan destinasi pelancongan anda. Hal ini kerana, Pulau Sibu merupakan salah satu pulau yang kaya dengan kehidupan laut terutama sekali kehidupan seperti coral dan hidupan laut seperti ikan-ikan kecil dan sebagainya.

pulau sibu

Laut yang membiru menjadikan pulau ini kelihatan sungguh indah dan sangat sesuai untuk mereka yang mengingginkan percutian yang menenangkan. Lautan yang luas serta persisran pantai yang menenangkan akan menambahkan lagi keseronokan yang tidak terhingga kepada penggunjung. Selain itu juga, pulau ini kaya dengan pelbagai tumbuhan tropika dan kepelbagaian ini menjadikan ianya sangat unik untuk diteroka dan diamati keindahanya. Selain itu juga anda akan dihidangkan dengan kemanisan dan ramah mesra oleh penduduk disekitar kawasan tersebut.

pulau sibu

Penduduk tersebut merupakan nelayan yang telah lama menetap di Pulau Sibu ini. Kemesraan yang dimiliki oleh meraka akan menjanjikan keseronokan dalam percutian anda dan anda mungkin mampu melihat corak kehidupan masyarakat nelayan yang sebenar serta mampu mempelajarinya jika anda berkunjung ke sini. Bagi mereka yang gemar melihat bangkai kapal, anda juga tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini kerana pulau ini salah satu pulau yang mempunyai bangkai kapal yang sudah lama ditinggalkan khususnya pada zaman kewujudan lanun lagi.

pulau sibu

Bagi mereka yang gemar menggambil gambar sama ada bagi tujan professional mahupun sebagai koleksi peribadi, tempat ini amat sesuai untuk anda kerana keindahan serta keunika pulau ini akan memberikan kesan dan hasil gambar yang lebih menarik. Akhir sekali bagi mereka yang gemar menyelam anda digalakkan datang dan berkunjung di pulau ini kerana anda berkemungkinan mampu melihat batu karang yang indah dan ini merupakan salah satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan.

pulau sibu

Dan sekiranya anda gemar memancing, anda juga seharusnya menjadikan pulau ini sebagai salah satu pulau yang wajib anda kunjungi kerana aktiviti memancing juga boleh dilakukan di pulau ini. Sambil-sambil memancing anda mampu melihat keindahan alam sekitar, bukankah ianya sangat menarik? Jadi apa tunggu lagi, marilah beramai-ramai bercuti di Pulau Sibu, pulau penuh dengan keindahan alam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.