Kad Raya Sentuhan Peribadi Sultan

Sudah menjadi kelaziman setiap tahun DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menghantar dan mengutus kembali kad hari raya yang diterima Baginda daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan dan rakyat jelata.

Baginda hari ini (1 Jun) berkenan meluangkan masa menandatangani sendiri kad ucapan khas sempena Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Tuanku Sultan Johor masih gemar menggunakan cara tradisional untuk mengutus ucapan berbanding teknologi digital kerana Baginda percaya langkah itu lebih sesuai dan mampu mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pada tahun ini, Tuanku Sultan Ibrahim dijangka mengutus lebih 1,000 kad ucapan hari raya yang ditandatangani oleh Baginda sendiri.

Selain ucapan sempena sambutan Aidilfitri, kad berwarna emas itu turut dihiasi dengan wajah Tuanku Sultan Ibrahim bersama DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

raya 1 raya 2 raya 3

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.