Kanak-Kanak Jadi Yatim, Bapa Rentung Dalam Kemalangan

JOHOR BAHRU – Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menjadi yatim sekelip mata selepas bapanya rentung dalam satu kemalangan di KM41 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Nuraisha Sofiah Muhammad Rusdi, 3 bersama ibunya, Salwa Atasa Arani, 30, hanya mengalami kecederaan sementara mangsa yang terbunuh adalah Muhammad Rusdi Yakob, 29.

Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kulai (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu kira-kira jam 6.02 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, memang berlakunya satu kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona yang sedang terbakar. Kebakaran itu juga didapati memusnahkan seluruh kenderaan.

“Mayat mangsa ditemui di kerusi pemandu selepas bomba selesai menjalankan operasi pemadaman. Kami percaya mangsa gagal meloloskan diri daripada kenderaan itu kerana terperangkap,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, punca sebenar kemalangan belum dikenal pasti selain diserahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

SUMBER Sinar Harian 27 Disember 2017

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.