Kapal Vietnam Terdampar di Endau

MERSING – Sebuah kapal pasir dipercayai milik Vietnam dilaporkan terdampar di pantai Belukar Juling, Endau, semalam.

Ketua Pejabat Laut Mersing, Muhamed Zamri Yaacob berkata, pihaknya menerima aduan orang kampung berhubung kewujudan kapal itu petang semalam sebelum membuat laporan polis, hari ini.

“Kami terima aduan daripada orang kampung tentang kapal terdampar di pantai Belukar Juling jam 4 petang, semalam dan laporan polis saya buat hari ini.

kapal terdampar

“Kapal ini jenis ‘upper trailer’ iaitu kapal pasir dan namanya Toan Phuc dengan 12 bendera Vietnam. Kami dapati muatan kosong dan dipercayai hanyut kesan daripada ribut Tropika Tembin yang melanda Filipina,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, pihaknya telah bertindak mengambil beberapa langkah bagi mengawal kapal itu daripada dicerobohi.

“Tindakan yang diambil Jabatan Laut dengan membuat kawalan meletakkan notis, meletakkan plastik ‘cross line’ bagi tidak membenarkan orang ramai masuk.

“Kami juga melantik empat orang awam untuk menjaga kapal berkenaan daripada dicerobohi,” katanya.

SUMBER Sinar Harian 26 Disember 2017

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.