Kepala Tongkat Emas Maharaja Abu Bakar, Hadiah Pedagang Cina Kepada Sultan

Menjadi kebiasaan buat para ketua kerajaan dan pembesar-pembesar negeri menerima hadiah sebagai tanda taat setia dan persahabatan kepada pemerintah. Ini merupakan amalan sejak dahulu lagi sebagai tanda pengiktirafan kedaulatan dan kegagahan ketua kerajaan. Dalam artikel kali ini Orang Johor ingin menyentuh mengenai satu kepala tongkat yang diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan ukiran-ukiran pertempuran China serta monogram Maharaja Abu Bakar. Inilah hadiah daripada pedagang cina kepada Maharaja Johor namun kini tidak diketahui siapa pemilik kepala tongkat yang berharga ini.

Tongkat dengan hiasan kepalanya yang diperbuat daripada emas ini dipercayai merupakan hadiah daripada pedagang-pedagang cina dari Negeri-Negeri Selat ataupun daripada Johor sendiri dan ianya telah dihadiahkan kepada Maharaja Johor ketika itu iaitu Maharaja Abu Bakar. Kepala tongkat ini telah diukir dengan begitu indah sekali menggambarkan pertempuran diantara tentera berkuda China dengan tentera pejalan kaki dengan berlatarbelakangkan kuil dan pada bahagian paling atas kepala tongkat tersebut diukir monogram dan lambang Maharaja Johor.

tongkat 1

Kepala tongkat ini merupakan contoh yang jarang dijumpai hasil pembuatan daripada tukang emas cina dari Kepulauan Riau ataupun Johor itu sendiri. Tukang emas tersebut dipercayai berkhidmat kepada pemerintah Melayu tempatan dan merupakan Cina Peranakan yang kata ataupun merupakan komuniti Cina Negeri-Negeri Selat yang ditugaskan untuk membuat kepala tali pinggang emas dan dengan cara mengikut tukang-tukang tempatan. Pangkal paling atas tongkat tersebut mempunyai warna kemerah-merahan sesuai dengan kesukaan pemerintah Melayu pada masa tersebut. Ianya berwarna kemerah-merahan setelah emas tersebut disapu dengan asam jawa.

Gaya kepala tongkat tersebut sememangnya berunsurkan Cina namun ianya bukan kebiasaan bagi pemerintah Melayu Islam diketika itu untuk mempunyai hadiah seperti itu. Ramai pemerintah Melayu yang telah menjemput pedagang-pedagang Cina bagi membantu membangunkan ekonomi dan pemerintahan mereka. Hubungan perkahwinan diantara kaum juga bukan kebiasaan bagi orang-orang Melayu.

tongkat 2

Johor merupakan negeri paling selatan di semenanjung Malaysia dan terpisah dengan Singapura dengan Selat Tebrau yang kecil. Johor juga merupakan titik paling selatan bagi tanah besar Asia. Kesultanan Johor ketika dikemuncaknya pernah memerintah Pahang, Kepulauan Riau, Singapura dan sebahagian daripada kepulauan Sumatera.

Maharaja (kemudian Sultan) Abu Bakar telah memerintah Johor daripada tahun 1862 sehingga kemangkatan baginda pada 1895. Baginda menjadi raja pemerintah Johor setelah Ayahanda Baginda iaitu Temenggong Daing Ibrahim mangkat pada 1862. Enam tahun kemudian Maharaja Abu Bakar menukar gelaran rasmi baginda daripada Temenggong kepada Maharaja. Dalam tahun 1885, Maharaja Abu Bakar memperolehi kebenaran dan pengiktirafan daripada Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Victoria untuk memakai gelaran rasmi Sultan baginda memakai gelaran tersebut mulai tahunn 1886.

tongkat 3

Maharaja Abu Bakar merupakan tokoh reformis dan pemodenan negeri Johor. Bagindalah yang mula-mula mengadakan perlembagaan negeri dan membangunkan sistem pemerintahan negeri mengikut cara British. Baginda juga membina Istana Besar yang mengadap Selat Tebrau menggunakan khidmat kontraktor Cina yang mana masih kekal sehingga harini sebagai tempat bersemayam rasmi Sultan Johor.

Bagi membantu membangunkan ekonomi tempatan, baginda telah menggalakkan penghijrahan pedagang Cina Teochiu dari Selatan China. Pada tahun 1885, baginda telah berkahwin dengan wanita Cina yang telah memeluk agama Islam. Perubahan yang dibawa Maharaja Abu Bakar telah membawa gelaran Bapa Pembangunan Negeri Johor dan baginda merupakan Sultan Melayu yang paling banyak disebut dan dicontohi dalam sejarah.

Kepala tongkat emas hadiah daripada pedagang cina kepada Maharaja Abu Bakar ini dipercayai sudah dilelong dalam acara lelong di sebuah negara di Eropah. Sehingga kini tidak dapat dipastikan siapa yang memiliki kepala tongkat emas yang berharga dan bersejarah ini.

tongkat 4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.