Kerajaan Johor Mahu Rakyat Respon Manifesto PH

Kerajaan negeri mahu manifesto ditawarkan PH dimanfaatkan sebaik mungkin oleh rakyat dengan cara memberi respons atas apa yang ditawarkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, sekiranya kerajaan memenuhi segala terkandung dalam manifesto, namun mendapat sambutan ‘dingin’ dari rakyat sudah tentu ia tidak mendatangkan manfaat.

“Walau sebaik mana kita tawarkan dalam manifesto tetapi sambutan dingin dari rakyat sudah tentu tawaran itu tak datangkan manafaat sebagaimana kita tawarkan air percuma, kad kesihatan RM500 begitu juga bantuan ‘one off’ kepada pelajar melanjutkan pengajian Universiti dan diploma.

“Kalau kerajaan menawarkan tetapi respons dari masyarakat tidak ada walaupun perkara ini amat baik sudah tentu tawaran hanya tinggal tawaran.

“Kita mahukan tawaran memberi manafaat sampai ke peringkat bawah dan digunakan sebaik mungkin oleh rakyat. Sudah tentulah proses dan syarat dikenakan mesti dipenuhi sama ada dengan isi borang lengkap atau pergi ke jabatan penggerak atau pelaksana kepada tawaran berkenaan,”katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Jubli Intan, hari ini.

Dalam pada itu, mengulas tentang siri lawatan beliau ke daerah ini, Osman berkata, matlamat dan tujuan beliau bersama rombongan terutamanya dikalangan pemimpin negeri dalam PH yang masih baru bukan sahaja untuk menimba pengalaman.

Tetapi dalam masa sama untuk mendekatkan diri selaku kepimpinan kerajaan negeri kepada masyarakat daerah termasuklah ketua jabatan dan para penjawat awam.

“Lawatan ini untuk eratkan silaturrahim dan kerjasama bagi kukuhkan perpaduan dikalangan penjawat awam dan rakyat supaya kita dapat lakukan kerja sebaik mungkin.

“Lebih-lebih lagi dalam kita hendak penuhi manifesto yang kita buat dalam kerajaan PH sama ada dalam 100 hari atau lima tahun akan datang.

“Melalui kerjasama dan segala bentuk bantuan sokongan diberikan kakitangan awam dan masyarakat seluruh Johor maka sudah sewajarnya kita di pihak kerajaan PH akan cuba sedaya upaya untuk penuhi tawaran terkandung dalam manifesto bagi tempoh dimahukan,”katanya lagi.

Sumber Sinar Harian

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.