Kerajaan Purba Johor Wujud Di Kawasan Takungan Linggiu?

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Pada Februari 2005, Raimy Che Ros seorang penyelidik bebas telah telah membuat penemuan yang mengemparkan bahawa beliau telah menemui sebuah kerajaan purba di kawasan hutan tebal Johor. Beliau mendakwa telah mengesan kerajaan purba Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata selepas 12 tahun menjallankan penyelidikan mengenainya. Gelanggi juga dikenali sebagai Linggiu.

dssgft

Menurut beliau, kota purba ini yang mungkin berusia 1,000 tahun, mungkin lebih lama daripada tamadun purba yang lain di rantau ini. Raimy bagaimanapun tidak pergi ke kawasan kerajaan purba itu. Penemuannya berdasarkan kepada penyelidikan terhadap sejarah Melayu dan kisah lama yang dicerikatan oleh penduduk tempatan.

dssgft

Seorang aktivis Johorkini mengatakan sebab mengapa Raimy gagal menemui peninggalan fizikal kerajaan purba itu adalah kerana ia terletak dalam kawasan yang kini dikawal oleh Singapura. Menurut seorang aktivis Johor, Kerajaan purba itu berada dalam kawasan tadahan air yang telah ‘dijual’ kepada kerajaan Singapura oleh kerajaan negeri Johor pada penghujung tahun 1980-an.

dssgft

Pada pertengahan tahun 1980-an Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membenarkan negara jirannya itu membiayai kos pembinaan sebuah takungn air di hutan simpan Linggiu. Pembinaan tersebut bermula pada 1988 dan siap sepenuhnya pada tahun 1994. Kerajaan Singapura telah menandatangan perjanjian dengan Johor pada tahun 1990 untuk mendapatkan air yang dibekalkan dari kawasan takungan tersebut.

Walaupun kawasan tersebut milik kerajaan negeri Johor namun, kos operasi ditanggung oleh Lembaga Utiliti Awam Singapura (PUB) yang juga bertanggungjawab menyelenggarannta. Akibat daripada pembinaan kawasan takungan tersebut telah menjejaskan penempatan-penempatan Orang Asli. Kerajaan Singapura telah membayar pampasan sebanyak RM320 juta kepada Johor bagi kerosakan alam sekitar dan penggunaan tanah di kawasan berkenaan.

dssgft

Penduduk tempatan juga mengadu tidak banyak maklumat yang diketahui mengenai perjanjian antara Singapura dan kerajaan Johor berhubung pembinaan kawasan takungan tersebut, kerana tiada dokumen awam yang mencatat mengenainya. Satu-satunya dokumen awam yang ada ialah Peta Warta kawasan takungan itu.

Kita tidak mempunyai kebebasan untuk masuk ke kawasan berkenaan. Oleh kerana itu, tidak hairanlah jika para penyelidik seperti Raimy tidak dapat membuktikan dakwaan mereka. Ekoran daripada dakwaan Raimy mengenai penemuannya tentang kerajaan purba itu, Jabatan Muzium dan Antikuiti menjalankan satu ekpedisi arkeologi untuk mengesahkan lokasinya.

dssgft

Walau bagaimanapun, selepas sebulan, para penyelidik kerajaan tidak menemui sebarang bukti untuk menyokong serta menguatkan dakwaan Raimy itu. Hasil rasmi yang ditemui mereka belum diumumkan, tetapi seorang anggota eksplorasi itu mendedahkan 10 bulan kemudiannya bahawa kerajaan purba itu tidak wujud. Khalid Syed Ali, seorang ahli arkeologi di Jabatan Warisan Negara berkata dalam satu kertas kerja yang dibentangkan dalam satu forum April lalu, bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti kerajaan purba itu wujud di dalam kawasan Linggiu.

“Tentulah mereka tidak menemui apa-apa. Kumpulan ekpedisi dengan 15 anggota itu pun ditubuhkan secara tergesa-gesa. Mereka pergi ke situ tanpa mengetahui apa yang mereka hendak cari dan selepas sebulan, mereka keluar. Di manakah laporan rasmi mengenainya?” kata seorang ahli sejarah tempatan yang tidak mahu namanya disebut.

Menurutnya, jika Jabatan Muzium dan Antikuiti serius mengenai penemuan kerajaan purba itu, mereka sepatutnya memberi apa juga bantuan yang diperlukan oleh Raimy untuk menyiapkan penyelidikannya.

dssgft

“Mereka sepatutnya membantu Raimy masuk ke kawasan tersebut. Tetapi, Raimy sendiri tidak dipilih menganggotai kumpulan ekspedisi itu,” kata beliau yang juga seorang pesara awam.

“Oleh kerana kawasan tersebut dikawal oleh Singapura, saya tidak terkejut jika satu hari nanti Muzium Singapura mengumumkan penemuan sebuah kerajaan purba Johor dan menyimpan kesan peninggalannya di sana,” tambahnya.

Seorang pegawai dari Muzium Singapura enggan mengulas apabila dihubungi untuk bertanya sama ada sebarang kerja pencarian arkeologi telah dijalankan di kawasan takungan Linggiu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.