Kesejahteraan Rakyat Sentiasa Menjadi Keutamaan Sultan Johor

Sejak bergelar Tunku Mahkota Johor lagi, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa mengamalkan sifat sederhana dan sentiasa dekat dengan rakyat jelata.

Baginda contoh seorang sultan yang mengambil berat mengenai kesejahteraan rakyat dan sanggup mengenepikan protokol untuk bersama mereka.

Tuanku Sultan Ibrahim sering menggunakan masa yang terluang untuk melawat serta mendekati rakyat di serata negeri Johor, termasuk di kampung-kampung.

Keperibadian Baginda sentiasa menjadi bualan bukan sahaja dalam kalangan Bangsa Johor, malah di seluruh negara. Keutamaan Baginda ialah Johor dan rakyatnya.

Setiap perbuatan yang Tuanku Sultan Ibrahim lakukan, cara pergaulan dan perwatakan membuatkan kasih rakyat kepada Baginda tidak pernah pudar. Ini merupakan bukti penzahiran hubungan rapat rakyat dan institusi kesultanan.

Era Johor Moden di bawah pemerintahan Dinasti Temenggong menyaksikan negeri Johor bukan sahaja tidak pernah dijajah pada zaman kolonial, malah diiktiraf oleh Britain sebagai rakan perdagangan penting.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

rakyat 1 rakyat 2 rakyat 3 rakyat 4 rakyat 5 rakyat 6

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.