Keunikan Masjid Teluk Belangah, Wilayah Johor Diluar Negara

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim di Telok Belangah, Singapura berhampiran Pulau Sentosa mempunyai ciri sama dengan masjid lain di Johor.

Masjid yang terletak di atas kawasan seluas 0.7 hektar itu juga menempatkan Makam Diraja Telok Belangah dengan 32 makam Kerabat DiRaja Johor zaman silam termasuk Sultanah Khadijah Khanum, Temenggong Abdul Rahman dan Temenggong Daeng Ibrahim selain mempunyai 2,000 kubur lama.

Sejak dibina pada 1845, bendera Johor berkibar megah pada tiang berhampiran pintu masuk masjid berkenaan. Malah, Khutbah Jumaat yang dibaca oleh imam masjid itu disediakan Jabatan Mufti Johor, lengkap dengan doa untuk Sultan dan rakyat Johor.

Kakitangan tetap masjid membabitkan imam serta bilal, dua noja, penjaga makam serta tukang kebun adalah rakyat Johor yang dihantar bertugas sepenuh masa oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan tinggal di kuarters di situ.

Sejarah masjid itu bermula ketika zaman Kesultanan Johor di Singapura apabila Temenggong Daeng Ibrahim, menyerahkan Balairung Seri istana Baginda untuk dijadikan masjid pada 1845.

Masjid itu asalnya hanya dikenali sebagai Masjid Kampung Telok Belangah sebelum bertukar nama kepada Masjid Jamek Kerajaan Negeri Johor yang turut dikenali sebagai Masjid Telok Belangah.

Pada tahun 1993, masjid asal dirobohkan untuk pembinaan baru dengan kos RM2.5 juta dibiayai sepenuhnya oleh Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang menitahkan supaya ciri masjid Johor dikekalkan dalam seni binanya.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

belangah 1 belangah 2 belangah 3 belangah 4 belangah 5 belangah 6 belangah 7 belangah 8

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.