Khazanah Kesultanan Johor Lama Perlu Dijaga, Sultan Johor

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan meluangkan masa meneliti secara terperinci hasil-hasil carigali khazanah Kesultanan Johor Lama yang dipersembahkan kepada Baginda pada 15 Julai yang lalu.

Pelbagai barangan dipercayai berusia lebih 400 tahun dipersembahkan kepada Tuanku Sultan Ibrahim oleh Ketua Ekskavasi Archaeology JDT, Raja Kamarazaman Bin Raja Salim di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

Raja Kamarazaman turut mempersembahkan laporan terakhir kerja carigali khazanah Kesultanan Johor Lama yang dilakukan di Mukim Kota Tinggi kepada Baginda.

Pada hari ini, antara barangan yang dipersembahkan kepada Baginda ialah pelbagai matawang, perhiasan rumah, persenjataan, peralatan permainan serta lesung kayu hasil kerja-kerja carigali yang dimulakan pada 23 April sehingga 3 Julai lalu.

Tuanku Sultan Ibrahim bertitah supaya segala artifak yang ditemui itu perlu diaudit serta direkodkan oleh Muzium DiRaja Abu Bakar.

“Segala barangan yang ditemui ini perlu direkodkan serta dijaga dengan rapi,” titah Sultan Ibrahim.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

silam 1 silam 2 silam 3 /> <img class= silam 5 silam 6 silam 7 silam 8 silam 10 silam 11 silam 9

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.