Kisah Hubungan Akrab Sultan Sir Ibrahim Dengan Kerajaan Jepun, Akhirnya Menjadi Penyelamat Negeri

Hubungan akrab Marquis Tokugawa dan Sultan Sir Ibrahim berterusan dan sering berbalas surat. Beliau amat mahir dalam bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dan Jawi. Marquis Tokugawa mendapat galakan dan dorongan mempelajari bahasa Melayu dan tulisan Jawi daripada baginda Sultan Sir Ibrahim sendiri.

Surat baginda kepada Marquis Tokugawa bermula dengan “Sahabat Sahaya Marquis Tokugawa”, baginda antaranya menulis “Saya berbangga melihat Marquis boleh menulis Bahasa Melayu dengan baik dan bertutur semolek orang-orang Melayu dan saya percaya Marquis mempelajari dengan sangat baik dan usaha yang bagus, oleh itu anda mampu mencapai tahap kemahiran tinggi dan memahami tentang orang Melayu.

tokugawa 1

Marquis Tokugawa

Sememangnya, anda telah mempelajari Bahasa Melayu secara tekun kerana penulisan Melayu bukan lah mudah. Ramai orang-orang putih mempelajarinya tetapi masih menulis dalam skrip Roman. Saya rasa penulisan anda akan senantiasa cantik.”

Sultan Sir Ibrahim turut ditemani oleh Marquis Tokugawa sepanjang berada di Jepun. Baginda mengadakan pertemuan dengan Maharaja Hirohito pada pagi 4 April dan menerima darjah kebesaran negara Jepun iaitu Order Of The Rising Sun kelas pertama “Grand Cordon”.

tokugawa 2

Sultan Sir Ibrahim

Maharaja Hirohito adalah ayahanda kepada Maharaja Jepun sekarang iaitu Emperor Akihito. Pada 12 April, baginda berangkat meneruskan rangka lawatan baginda ke Amerika Syarikat.

Menariknya pada semasa Perang Dunia kedua pada tahun 1941, Tentera Jepun telah membinasakan hampir semua kepentingan British termasuk bangunan kerajaan, kediaman kerabat Diraja dan rumah pembesar.

tokugawa 3

Maharaja Hirohito

Ketika itu, mereka tiba ke Johor Bahru dalam serangan ke Singapura bagi melengkapkan penguasaan ke seluruh Tanah Melayu. Namun disebalik serangan itu, tentera Jepun yang diketuai oleh Panglima Tentera daratnya, Leftenan Jeneral Tomayuki Yamashita tidak menceroboh istana-istana di Johor.

Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Ibrahim yang sedang bersemayam di Istana Pasir Pelangi menunjukkan bintang kebesaran Maharaja Jepun kepada Yamashita.

Bintang kebesaran ‘Imperial Order of the Rising Sun’ dikurniakan kepada Almarhum Sultan Sir Ibrahim sewaktu Baginda mengadakan lawatan rasmi ke Jepun pada 1920-an. Panglima Tentera Jepun itu kemudian tunduk hormat lalu berundur serta tidak menceroboh istana Johor.

tokugawa 4

Order Of The Rising Sun kelas pertama “Grand Cordon”

Leftenan Jeneral Yamashita memohon perkenan Sultan Ibrahim untuk menjadikan Istana Bukit Serene sebagai markas utama dan menara air digunakan untuk memerhatikan tentera British dan Australia di Singapura.

Walaupun Istana Bukit Serene dikatakan sasaran yang mudah untuk diserang, namun Leftenan Jeneral Yamashita yakin British tidak akan menyerang istana Sultan Johor dan sangkaan beliau tepat.

Leftenan Jeneral Yamashita mengatur perlindungan Sultan Ibrahim dan keluarga di Batu Pahat selama dua minggu untuk keselamatan Baginda.

Sumber JOHOR Southern Tigers

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.