Kisah Misteri Di Jalan Jemaluang, Mersing

Sejak dari kecil kita sudah tentu ada mendengar pelbagai kisah-kisah misteri dan seram yang melibatkan laluan-laluan tertentu di sekitar negeri Johor ini. Dalam artikel kali ini, Orang Johor ingin berkongsikan kisah yang diceritakan oleh Azhar Yusof di laman facebook untuk tatapan semua. Jom ikuti kisah menyeramkan mengenai Jalan Jemaluang ini.

Kisah ni sudah lama berlaku lebih kurang 3 tahun yang lalu. Saya pernah kongsikan kisah ini dahulu. Tetapi tak mengapalah saya nak kongsi cerita dengan sahabat group PJ. Saya bercadang dah lama nak bawak anak-anak bercuti di Tanjung Leman. Kebetulan pula biras saya tinggal di Felda Tenggaroh 2.

Saya dan isteri sangat teruja untuk pergi ke sana. Macam la tiada hari lain nak bertolak. Hari dah petang pada masa saya bertolak dari Segamat. Tiada persediaan langsung untuk bawa bekalan makanan dan minuman. Namun saya dan isteri serta 3 org anak pergi satu kereta. Saya tidak memeriksa dengan rapi kereta sebab baru seminggu lebih tukar minyak hitam dan servis. Petang itu kami bertolak dan telah memaklumkn kepada biras di Tenggaroh bahawa kami akan smpai di sana pada malam ini.

jalan jemaluang

Dalam perjalanan itu hujan agak lebat bermula dari Caah hingga ke Air Hitam. Hujan mula reda sedikit setibanya di Kluang. Jam dah pun pukul 7 lebih dan sudah Maghrib. Sempat singgah di satu Surau tuk Solat. Bila anak-anak dah mengadu lapar maka kami sekeluarga pun singgah makan di sebuah warung tepi jalan. Anak-anak suka makan ayam, saya dan isteri pula makan ikan siakap 3 rasa. Berbaloi makan disitu sebab memang sedap masakannya.

Jam sudah pun pukul 9 lebih malam. Anak perempuan saya pula suruh singgah 7E kerana mahu beli perkakas. Saya kata jangan lama-lama sebab hari sudah lewat. Sebenarnya ini la kali pertama pergi ke Tenggaroh memalam buta. Sebelum ini awal pagi bertolak. Dalam kereta bukan ada apa-apa senjata seperti parang atau golok. Yang ada cuma 1 lampu picit sahaja.

Selepas Kahang sepatutnya belok ke kiri ikut Felda Nita ke Mersing. Itu la kesilapan yang saya lakukan. Sy lalu jalan Hutan Jemaluang tepat jam 11 lebih malam. Tiada kenderaan langsung yang kami jumpa selepas Kahang tadi. Saya pun jadi pelik kenapa tiada langsung kereta lain yang lalu disini. Jalan banyak selekoh dan sempit. Di kawasan yang agak tinggi kabus putih menafikn penglihatan jauh. Isteri dan anak-anak mula bising kenapa ayah lalu jalan ini.

Saya pun menenangkn mereka dengan berkata ‘Jangan fikir yang bukan-bukan, kat sini pun ada org Asli tinggal. Cuba tengok kat hutan tu ada cahaya pelita rumah mereka. Kiri kanan jalan boleh nampak cahaya pelita”. Mendengarkan kata-kata saya tadi mereka menjadi lega sedikit.

Tetapi bukan sepanjang jalan dapat melihat cahaya pelita rumah orang-orang asli ini. Seingat saya selepas dari 3 jambatan kecil itu la mula tiada apa-apa cahaya pelita yang kelihatan. Nyata kami 5 beranak membelah kesunyian malam di tengah-tengah belantara Jemaluang dengan tiadanya rangkaian Maxis dan Celcom. Telefon tiada ‘coverage’ dah. Masa itu saya bermohon semuga Allah melindungi kami sekeluarga supaya selamat dari segala bahaya. Masa itu juga saya menyesal melalui jalan yang menyeramkan ini.

Saya memasang rokok sebab dah rasa sikit mengantuk. Anak marah sebab saya kuat merokok. Tadi masa makan tiga empat batang rokok saya hisap.

Kini saya melalui jalna yang agak lurus dan boleh la laju sedikit. Tambahan lagi pokok pun jarang-jarang dan nampak langit serta cahaya Bulan. Saya menenangkn isteri dan anak-anak dengan menyatakan sekejap lagi kita sampai la ke jalan besar. Tiada la saya lupa berpesan kepada anak-anak dan isteri agar membaca dalam hati apa-apa ayat suci yang boleh ingat terutama ayat Kursi.

jalan jemaluang 1

Dalam pada saya berpesan itulah saya terlanggar sesuatu yang saya tidak nampak langsung apakah bendanya. Dentuman kuat membuatkan kereta berpusing dan terbabas. Kereta berhenti dalam semak ditepi jalan serta ada lopak air lagi. Nasib baik enjin kereta tak mati dan lampu masih berfungsi. Saya cuba undurkn kereta namun tak bergerak langsung. Budak-budak dah menangis takut dan isteri saya membebel tak berhenti. Saya rimas dan tak dapat berfikir dalam keadaan panik macam ini. Telefon pula tiada rangkaian dan tiada langsung kereta lain lalu lalang disitu.

Tetapi dengan tiba-tiba ramai orang mengerumun di luar kereta saya yang masih terperosok dalam semak itu. Entah siapa yang datang dan dari mana pun saya tak tahu. Saya sekeluarga tidaklah berani untuk keluar malah membuka cermin pun tidak sama sekali.

Dalam kesamaran malam itu hanya kami dapat lihat isyarat tangan dari orang-orang itu semua supaya saya tekan minyak untuk mengundurkn kereta. Mereka yang ada diluar tu lebih kurang 10 orang kalau tidak silap tolong menolak kereta hingga berjaya keluar semula dijalanraya. Saya menarik nafas panjang. Anak-anak tak berhenti menangis, cuma isteri saya yang masih terbeliak matanya memandang saya. Saya sergah isteri kenapa awa ni. Awak buat saya seram la. Isteri saya tanya saya kembali. Orang-orang tadi tu siapa dan kemana orang tu tadi?.

Kemudian baru la saya sedar orang yang ramai-ramai tadi telah lenyap entah kemana perginya. Tak sempat kami berterima kasih serta tidak sempat kami kenal siapa mereka. Dengan tak berfikir panjang saya pun meneruskn perjalanan dengan tidak berhenti-henti mengucap. Berpeluh-peluh dan isteri tak berkelip memandang saya. Alhamdulillah kami akhirnya sampai di Tenggaroh dekat pukul 2 pagi. Saya pesan kepada isteri dan anak-anak supaya tidak berkata apa-apa tentang hal tadi. Esok boleh la bercakap mengenai perkara itu.

Malam itu saya tak dpt tidur memikirkan kisah kami sekeluarga yang dibantu entah siapa di Hutan Jemaluang itu. Saya demam keesokan harinya. Isteri saya jadi pendiam dan tidak lagi membebel macam biasa. Alhamdulillah anak-anak tidak terjadi apa-apa dan kami semua sihat walafiat hingga kini.

Itulah pengalaman hidup saya yang tidak mungkin dapat lupa smpai bila-bila. Apa yang saya pelik ialah kereta tiada langsung kesan kemik atau pecah. Padahal saya terlanggar sesuatu yang besar yang saya langsung tidak nampak pada malam itu.

Sumber FB Azhar Yusof

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.