Kisah Perjuangan Tiga Askar Melayu Yang Tidak Didendang

Ramai yang tidak mengetahui akan perjuangan tiga askar Melayu yang turut terkorban di samping Leut Adnan Saidi, siapa mereka dan mengapa nama mereka tidak diketahui sejak 75 tahun yang lalu? Anak-anak muda masa kini sering disajikan dengan filem-filem dari luar yang memaparkan keberanian askar-askarnya seperti ‘Savings Private Ryan’, ‘Band of Brothers’, ‘The Mighty Eight’, dan ‘Hacksaw Ridge’. Kita sering menyanjung kepahlawanan askar-askar dari luar sehingga lupa untuk menghargai perjuangan anak watan sendiri keran tiada sebarang usaha untuk mengabadikannya.

Tiga nama mereka yang tidak didendang ini ialah, Leut Ibrahim Alla Ditta, Leut Yazid Ahmad dan Leut Mohd Ali bin Syarafat Ali. Mereka bersama-sama Leut Adnan Saidi gugur di benteng terakhir di Kent Ridge, Bukit Chandu, Pasir Panjang. Ketiga-tiga mereka ini yang terlebih dahulu menunjukkan keberanian ketika diberi misi yang berbahaya untuk menyelamatkan hampir 2,000 askar British, India, dan Regimen Askar Melayu yang pada ketika itu terkepung di Pantai Punggur, Rengit Johor.

dssgft

Keberanian mereka layak diabadikan dengan tinta emas. Sekira 2,000 tentera tertankap, besar kemungkinan mereka juga akan menerima nasib yang sama seprti yang dihadapi oleh askar Australia dan India di Parit Sulong yang mana lebih kurang 300 orang ditawan dan dibunuh.

Pada 29 Januari 1942, iaitu 72 tahun yang lalu, hampir 2,000 tentera British terperangkap di Pantai Punggur, Rengit, Johor. Pasukan ini terdiri dari 15th Indian Bgd, 2nd Cambridgeshire, 5th dan 6th Norfolk, pasukan meriam dari 155th field regiment, dan D Coy 2nd Btn askar Melayu.

Setakat apa yang dikongsikan sebelum ini dalam kempen Malaya, belum ada lagi yang menyentuh tentang peranan askar Melayu. Sejarah merakamkan askar Melayu dari Coy D terlibat dalam ‘the battle of Muar’ dan bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka di Batu Pahat.

Kita mungkin biasa mendengar pertahanan dan perjuangan Leftenan Adnan di Bukit Chandu, Pasir Panjang, Singapura. Namun perlu dirakamkan askar Melayu mempunyai rekod cemerlang dalam beberapa pertempuran di Johor.

Lt Ibrahim Alla Ditta selaku ketua platun dalam Battle of Muar dianugerahkan Military Cross kerana keberaniannya. Dalam pertempuran di Batu Pahat, 3 orang pegawai melayu telah terlibat iaitu Lt Ibrahim Alla Ditta, Lt Yazid ahmad dan Lt muda Ali Sharafat. (Lt Yazid Ahmad ditawan oleh askar Jepun dan dibawa ke Siam sebagai buruh paksa jalan keretapi maut dan meninggal di sana).

Untuk menyekat kemaraan tentera Jepun di Batu Pahat D Coy 2nd Btn Askar Melayu ditugaskan untuk bersiap sedia di sepanjang Sungai Batu Pahat. Pada 20 Januari mereka terpaksa berundur ke Pontian dan sekali lagi Lt Alla Ditta menunjukkan keberaniannya dengan menyusup masuk ke kawasan musuh demi untuk mendapatkan matlumat.

dssgft

Lt Alla Ditta berjaya menyertai semula pasukan tentera British yang terkepung di Panati Punggur Rengit dan dalam masa yang sama, Lt Muda Mohd Ali Sharafat telah menyamar sebagai nelayan dan mengayuh sampan sejauh 32 batu untuk mendapatkan bantuan.

Hasilnya kapal (river boat) HMS dragonfly, HMS Scorpion dan HMS berjaya menyelamatkan hampir 2000 tentera yang terperangkap ke Singapura. (Ketiga tiga kapal ini tenggelam pada 14 Februari dari serangan tentera udara Jepun).
Sejarah penglibatan askar Melayu dalam Battle of Muar and batu Pahat perlu disebut dengan lebih jelas dalam silibus sejarah di sekolah-sekolah.

Kredit kepada catatan ini ditujukan kepada Zafrani Arifin, Shaharom Ahmad dari Malaya Historical group dan blog Putera Lapis Mahang. Rujukan asal dari buku Askar melayu 50 tahun oleh Abdul Samad Idris (bekas MB N.Sembilan)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.