Kisah Tuanku Sultan Ibrahim Memasak Untuk Mangsa Banjir

Ketika beberapa daerah di Johor dilanda banjir, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turun menemui rakyat Baginda termasuk di kawasan pendalaman serta perkampungan dengan mengenepikan protokol.

Gambar-gambar yang dirakam ini menunjukkan Tuanku Sultan Ibrahim mengunjungi beberapa pusat pemindahan banjir dan Baginda berkenan meluangkan masa berjumpa rakyat jelata tanpa mengira kaum dan bangsa.

Pada lawatan itu, Baginda juga mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir, malah lebih menyentuh hati rakyat apabila Tuanku Sultan Ibrahim turut meluangkan masa memasak untuk mangsa-mangsa banjir.

Lawatan-lawatan Tuanku Sultan Ibrahim itu melambangkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat Johor.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

banjir 1 banjir 2 banjir 3 banjir 4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.