Koleksi Motosikal Berkuasa Tinggi Milik Sultan Ibrahim Bakal Curi Tumpuan Di Minggu Permotoran Malaysia 2018

Motosikal berkuasa tinggi Harley-Davidson milik DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar antara koleksi yang bakal mencuri tumpuan di Minggu Permotoran Malaysia 2018 (MBW 2018) pada bulan depan.

Program jambori permotoran terbesar yang julung kali diadakan di negara ini dijangka menarik kehadiran 100,000 peserta termasuk dari luar negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor pada 23 hingga 25 Mac.

Pada hari ini (19 Feb), Tuanku Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Presiden Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPMOTO), Dato’ Seri Ab Rauf Yusoh di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.

Dalam pertemuan selama hampir 30 minit itu, Dato’ Seri Ab Rauf turut mempersembahkan surat jemputan kepada Tuanku Sultan Ibrahim sempena penganjuran program berkenaan.

Tuanku Sultan Johor sememangnya mahir mengendalikan motosikal berkuasa tinggi, malah Baginda pernah beberapa kali menunggang Harley-Davidson bercorak harimau dalam penjelajahan Kembara Mahkota Johor (KMJ).

Program MBW 2018 juga bakal menghimpunkan penunggang motosikal pelbagai kategori dan jenama iaitu Superbike, Easy Rider, kapcai, klasik, Vespa dan Lady Bikes.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

motor 1 motor 2 motor 3 motor 4 motor 5 motor 6 motor 7

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.