Lagenda Meriam Seri Rambai, Hadiah Belanda Buat Sultan Johor

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Alam Melayu atau Nusantara terkenal dengan kisah mengenai meriam-meriam bersejarah yang dikatakan mempunyai kisah mistik atau kehebatannya yang tersendiri. Kebanyakan dari kisah ini berkisar mengenai kehebatan meriam-meriam ini menjaga kedaulatan negara terutama disaat-saat genting. Ada sebuah kisah ketika berlakunya Perang Burma-Siam, terdapat hikayat yang menyatakan mengenai sebuah meriam sakti yang mempunyai semangat menjaga kota Siam.

Selepas beberapa cubaan untuk mengusir serangan Burma keatas ibu kota Siam gagal, Raja Siam telah mengarahkan sebuah meriam semangat bernama Dwarawadi, yang merupakan sebuah meriam menjaga ibu kota supaya digunakan untuk menghalang tentera penceroboh. Meriam tersebut telah dipuja dan kemudian diletakkan menghala kearah khemah musuh, namun meriam tersebut gagal untuk menyala. Oleh kerana takut akan semangat yang menjaga ibu kota tersebut telah meninggalkan mereka, Raja Siam kemudiannya menyerah kalah kepada tentera Burma.

Salah satu antara simbol kesuburan bagi masyarakat Jakarta, Indonesia ialah Si Jagur, sebuah meriam Portugis yang diletakkan berhampiran Muzium Sejarah di bandar tersebut. Seorang penulis bernama Aldous Huxley menyebut bahawa meriam tersebut dianggap sebagai Dewa Kesuburan dan dipuja oleh wanita.

jagur

Meriam Si Jagur Di Jakarta

Di Thailand pula, berhampiran pintu masuk bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok terdapat sebuah meriam besar yang dikenali sebagai Meriam Seri Patani yang ditawan daripada Kesultanan Patani pada 1785. Meriam tersebut merupakan simbol budaya bagi masyarakat Melayu di Patani dan mereka menganggap meriam agung kepunyaan orang Melayu yang dirampas kemudian dibawa ke Bangkok itu sebagai lambang penjajahan Siam ke atas orang Melayu Patani. Pihak pentadbiran Thailand enggan memulangkan meriam tersebut, sebaliknya menghantar replika meriam Seri Patani untuk dipamerkan pada tahun 2013. Meriam tersebut kemudiannya dimusnahkan oleh puak pemisah 9 hari kemudian.

patani

Meriam Seri Patani yang berada di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand

Berbalik kepada kisah meriam Seri Rambai pula, ianya merupakan meriam Belanda kurun ke-17 yang kini dipamerkan di Kota Cornwallis, Goergetown, Pulau Pinang. Meriam ini merupakan meriam tembaga terbesar di Malaysia dan sering dikaitkan dengan kisah-kisah mistik dan lagenda.

Meriam Seri Rambai merupakan meriam jenis 28 pounder, mempunyai laras sepanjang 3.25 meter dan kaliber 15 cm. Meriam ini dibina pada tahun 1603. Dihadapan pemegang yang berbentuk seperti ikan lumba-lumba, terdapat ukiran tiga pasang singa dengan ekor yang panjang. Setiap pasang muka singa tersebut terdapat pula ukiran bunga yang menarik. Diantara pemegang meriam tersebut pula terdapat jata VOC dan juga terdapat inskripsi jawai yang bertatah perak melambangkan penawanan meriam tersebut oleh Aceh daripada kerajaan Johor pada tahun 1613. Pada bahagian bawah meriam terdapat tandatangan pembuat meriam tersebut dan tarikh pembuatannya.

meriam 1

Meriam Seri Rambai mengadap laut

Pihak Belanda mula merancang untuk mengawal perdagangan rempah ratus di kawasan Asia Tenggara dengan berpegang pada dua strategi, pertama ialah dengan menyerang secara lansung aset-aset negara eropah yang lain termasuklah kubu kuat Portugis di Melaka dan laluan perkapalan Sepanyol diantara Manila dan Acapulco. Strategi kedua pula ialah menjalinkan hubungan dengan pemerintah tempatan dan menawarkan perlindungan dengan pertukaran konsesi perdagangan.

Hubungan diantara Belanda dan Johor bertambah erat pada tahun 1603 apabila kapal Syarikat Hindia Timur Belanda bersama kapal Kesultanan Johor menyerang dan menawan kapal Santa Catarina yang merupakan kapal milik Portugis di selat Tebrau. Kargo kapal tersebut dirampas dan dijual di Eropah dengan anggaran keuntungan sebanyak 3.5 juta florin, bersamaan separuh daripada modal Syarikat India Timur Belanda dan dua kali ganda lebih banyak daripada modal Syarikat Hindia Timur Inggeris. Selepas kejayaan ini, dianggarkan pada tahun 1605, pegawai Belanda telah menghadiahkan meriam Seri Rambai kepada Sultan Johor.

Salah satu diantara seteru Kesultanan Johor pada masa itu ialah Kesultanan Aceh, yang merupakan bandar perlabuhan antarabangsa dan pusat perkembangan ajaran agama Islam. Peningkatan kekuasaan Aceh bermula pada awal tahun 1500-an ketika kesultanan tersebut mengembangkan kawasan jajahan di Sumatera dan memohon bantuan ketenteraan daripada Khalifah Uthmaniyah iaitu Sultan Sulaiman Yang Agung dalam usaha untuk menghalau Portugis daripada Melaka.

meriam 4

Sultan Iskandar Muda Aceh yang bertanggungjawab menyerang Johor

Pada tahun 1613, Aceh telah menyerang Johor, memusnahkan ibu kota Johor dan menawan Sultan Johor, kerabat dan pembesar-pembesar. Meriam Seri Rambai telah ditawan ketika serangan tersebut berlaku dan sebuah inskripsi jawi bertatahkan perak telah diukir pada meriam tersebut untuk merekodkan peristiwa itu.

Tiada rekod mengenai meriam tersebut diantara tahun 1613 sehingga tahun 1795, apabila pihak Aceh menghantar meriam tersebut kepada Sultan Selangor iaitu Sultan Ibrahim sebagai balasan diatas perkhidmatan kekanda baginda dalam misi ketenteraan Aceh. Meriam tersebut telah dibawa ke Selangor dan diletakkan di Kota Melawati yang berada di puncak sebuah bukit di Kuala Selangor.

melawati

Kota Melawati Selangor

Insiden Selangor bermula pada Jun 1871 apabila sekumpulan lanun menyerang kapal milik Pulau Pinang, membunuh 34 penumpang serta kru kapal tersebut dan kemudian membawa kapal tersebut ke Selangor. Pihak Kerajaan Kolonial British telah membalas peristiwa tersebut dan menghantar kapal perang Tentera Laut Diraja Britain dengan arahan supaya menahan lanun-lanun tersebut dan menawan kembali kapal yang ditelah dirampas.

Selepas beberapa siri serangan dan tibanya pasukan bantuan berserta pasukan artilari, bandar tersebut dibakar, kota pertahanan Selangor dimusnahkan dan meriam Seri Rambai dibawa ke Pulau Pinang. Kehilangan meriam tersebut amat dirasai oleh rakyat Selangor dan terdapat ramalan yang menyatakan bahawa jika meriam tersebut dipulangkan, barulah bandar tersebut akan kembali hebat.

selangor

Kapal Tentera Laut Diraja British mengebom Selangor

Menurut lagenda, meriam Seri Rambai tidak berjaya diturunkan dari kapal, sebaliknya jatuh tenggelam ke kawasan air cetek di Georgetown dan ditinggalkan hampir sedekad lamanya. Terdapat kisah yang menyatakan bahawa meriam tersebut berjaya didaratkan oleh pembesar Selangor yang mengikat benang kepada meriam tersebut dan mengarahkan meriam tersebut terapung.

Meriam tersebut kemudiannya dipamerkan di Padang Kota, Georgetown sehingga tahun 1950-an dan disinilah meriam tersebut memperoleh nama Seri Rambai dan mempunyai reputasi sebagai simbol kesuburan. Meriam tersebut kemudiannya dipindahkan ke tempat yang dirahsiakan ketika zaman pendudukan Jepun dan kemudian dikembalikan ke tempat asal setelah Jepun menyerah kalah.

Pada 1953, artikel didalam akhbar Straits Times membincangkan usaha untuk mencari meriam lama untuk dipamerkan di Kota Cornwallis, tambahan pula terdapat sebuah meriam di Padang Kota yang berada tidak jauh dari Kota Cornwallis. Pada 1970, meriam Seri Rambai diletakkan pada benteng Kota Cornwallis.

meriam 3

Pemegang Meriam Seri Ramhbai

Berhampiran terminal feri di Butterworth terdapat sebuah meriam lama dan berkarat yang menurut kepercayaan kaum Cina di sekitar kawasan tersebut merupakan pasangan perempuan bagi meriam Seri Rambai. Diceritakan bahawa meriam tersebut meninggalkan ‘pasangannya’ dengan terapung menyeberang selat Pulau Pinang menuju ke Butterworth.

Kepercayaan Melayu pula menceritakan sejarah yang berbeza mengenai meriam Butterworth tersebut, namun mempercayai ianya sepasang dengan meriam Seri Rambai. Kemungkinan bahawa Seri Rambai mungkin mempunyai kembar atas pasangan tidak dapat dibuktikan. Pengkaji mendapati bahawa meriam di Jakarta iaitu Si Jagur mempunya persamaan dengan meriam di Muzium Tentera Lisbon dan menjangkakan kedua-duanya dibina oleh Manuel Tavares Bocarro, yang juga merupakan pengasas Macau dari Portugis.

meriam

Inskripsi pada Meriam Seri Rambai

Kisah meriam mempunyai kembar juga dikaitkan dengan meriam Seri Patani iaitu Seri Negara. Kedua-duanya ditawan oleh Siam dan telah diarahkan supaya dibawa ke Bangkok. Terdapat satu versi yang menyatakan bahawa meriam Seri Negara terjatuh kedalam Teluk Patani ketika hendak dipindahkan ke dalam kapal. Dakwaan lain pula menyatakan bahawa meriam tersebut hilang dilaut apabila kapal Siam karam dan tenggelam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.