Laman Diraja Pontian, Tanda Kasih Rakyat Kepada Sultan Johor

Laman DiRaja Pontian yang siap dibina pada 6 April 2015 bukan sahaja menjadi ikon tarikan pelancong ke daerah itu, malah membuktikan rasa kasih rakyat kepada DYMM Sultan Johor dan Keluarga DiRaja Johor.

Terletak di Taman Awam Tepi Laut Pontian, majlis perasmian laman itu disempurnakan oleh Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2015.

Berangkat sama, DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Lebih istimewa lagi, konsep pembinaan ikon mahkota di laman itu mirip seperti di Istana Bukit Serene dengan batuan yang dipasang akan bergemerlapan pada waktu malam.

Berkeluasan 50,000 kaki persegi, laman itu juga digunakan untuk aktiviti rekreasi dan program kemasyarakatan.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

laman 1 laman 2 laman 3 laman 4 laman 5 laman 6 laman 7 laman 8

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.