Lembing Awang Pulang Ke Dayang

Cinta sejati membawa ke mati, demi kasih, sanggup bergadai nyawa dan tidak berkahwin sampai ke mati. Begitulah kisah benar ‘Lembing Awang Pulang ke Dayang’, yang berlaku kira-kira 241 tahun lalu dan sehingga kini masih popular bagi penduduk Johor, khususnya yang tinggal di Muar, tempat berlakunya peristiwa yang meragut 99 nyawa.

Sekali imbas, tiada apa yang luar biasa yang hendak diperkatakan di Kampung Parit Raja Laut, Muar, selain daripada sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi hutan paya bakau. Namun bagi penduduk asal dan masyarakat setempat, Kampung Parit Raja Laut bukan sekadar kampung biasa, sebaliknya menyimpan 1,001 misteri yang masih belum diterokai sepenuhnya.

dssgft

Di sinilah lokasi yang menjadi saksi kepada kisah cinta tiga segi dan lambang kasih sayang yang utuh antara si teruna dan dara di sebalik kisah legenda Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Tragedi berdarah ini berlaku sekitar tahun 1776. Ianya melibatkan seorang pemuda yang dikenali sebagai Awang dengan anak penghulu berketurunan Bugis iaitu Bachuk yang berusaha untuk merebut cinta seorang wanita yang bernama Dayang. Kisah sedih ini bermula apabila dua keluarga yang bersaudara yang tinggal di Parit Raja dan Parit Besar telah bersepakat untuk menyatukan anak mereka iaitu Awang dengan Dayang.

dssgft

Pasangan Awang dan Dayang ditunangkan dalam satu majlis yang disaksikan oleh penghulu dan pembesar kampung. Mengikut kepada adat resam yang telah ditetapkan oleh kampung tersebut, pemuda yang mana ingin berkahwin haruslah merantau untuk mencari pengalaman selama tiga tahun dan Awang juga tidak terkecuali dalam hal ini. Sepanjang peninggalan Awang, Dayang sering menjadi mangsa fitnah pemuda kampung yang cemburu termasuklah Bachuk

Permusuhan sejak kecil dengan Awang membuatkan Bachuk merancang untuk membalas dendam, apatah lagi bunga idamannya, Dayang juga sudah menjadi tunangan Awang, musuh sekampungnya itu. Bachuk telah berpakat dengan nakhoda kapal yang membawa Awang belayar supaya menulis surat kepada keluarga Awang dengan mengatakan bahawa Awang telah terkorban dalam pertarungan di lautan negeri Bugis. Sebaik saja perkhabaran tersebut diterima oleh keluarga Dayang, penghulu kampung telah mendesak supaya pertunangan diantara Awang dan Dayang dibatalkan.

dssgft

Sudah menjadi adat orang terdahulu, anak dara yang berusia lebih 15 tahun dianggap sebagai anak dara tua. Desakan dan ugutan menyebabkan keluarga Dayang bersetuju untuk menerima pinangan Bachuk dan terus menetapkan tarikh perkahwinan. Sedangkan pada masa itu, Awang di perantauan sedang bertungkus lumus mencari rezeki dan ilmu sebagai bekalan untuk berumahtangga.

Sepanjang tempoh perantauan tersebut, Awang juga turut menuntut ilmu persilatan sehingga menang dalam beberapa pertandingan. Awang juga turut dianugerahkan dua bilah lembing iaitu panjang dan pendek yang menjadi pusaka kerajaan Bugis seta sedikit wang. Telah sampai waktunya unttuk Awwang kembali ke tanah air, sepanjang perjalanan pulang Awang banyak membantu nakhoda kapal menewaskan lanun dan telah dihadiahkan sebuah perahu untuk ke darat..

dssgft

Kepulangan Awang ke tanah air telah menimbulkan tanda tanya kerana rakan dan keluarganya dimaklumkan Awang telah terkorban. Lebih menariknya, hari kepulangan Awang itu juga adalah hari persandingan Bachuk dengan Dayang. Ada sumber lain mengatakan bahawa Awang pulang beberapa hari sebelum hari persandingan dan menunggu waktu yang sesuai untuk menyerang Bachuk. Sumber lain pula mengatakan Awang pulang tepat pada hari persandingan dan terus menuju ke majlis tersebut.

Menurut Khamis Juned, Setiausaha Kehormat Persatuan Sejarah Muar Johor, berkata berdasarkan cerita lisan yang diwarisi dari genari terdahulu, keluarga Dayang membuat keputusan untuk mengahwinkan anak gadis mereka selepas Awang tidak pulang mengikut tempoh yang telah dijanjikan. Menurut Khamis Juned lagi, tempoh pertunangan itu masih kurang sehari daripada tempooh yang dijanjikan selama tiga tahun, sebab itulah Awang belum pulang dan memang merancang mengotakan janjinya untuk pulang tepat pada masanya.

Sebaik sahaja Awang mengetahui bahawa Dayang tunangannya dirampas Bachuk, beliau terus menuju ke rumah pengantin dan melihat orang ramai sudah pun memenuhi perkarangan rumah bagi menyaksikan persandingan antara Bachuk dan Dayang. Ketibaan Awang di majlis tersebut telah mengejutkan ramai pihak terutamanya keluarga pengantin.

Awang telah mencabar Bachuk untuk bertarung di gelanggang namun, belum pun sempat Bachuk menyahut cabaran tersebut, Awang terus menikam dada Bachuk dengan menggunakan lembing. Bachuk sempat mencabut lembing di dadanya dan membaling semula ke arah Awang tatapi tersasar dan terkena tetamu yang lain.

Tetamu yang menjadi mangsa kedua lembing tersebut, mencabut lembing yang tertusuk dibadannya dan terus membaling ke arah orang lain. Lembing tersebut seolah-olah terbang untuk meragut nyawa sebahagian besar tetamu yang menghadiri majlis tersebut. Mangsa terakhir tusukan maut lembing tersebut ialah bapa kepada Dayang. Bapa Dayang sempat menyerahkan lembing tersebut kepada Dayang yang sedang menangis menyaksikan tragedi tersebut. Anehnya, lembing tersebut seolah-olah mati sebaik sahaja berada di tangan Dayang.

Antara meraka yang terkorbang dalam tragedi tersebut ialah ibubapa Dayang, kedua orang tua Awang dan kedua ibubapa Bachuk. Oleh kerana lembing yang telah meragut 99nyawa tersebut diserahkan kepada Dayang, para engakaji sejarah telah menamakan tragedi tersebut sebagai Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu kubur besar di sebuah kebun di Parit Raja dan digealar sebagai Makam 99.

Makam tersebut tidak bertanda tetapi penduduk setempat percaya ianya terletak di Parit Raja. Akhirnya, Awang lari membawa diri dan bertempur dengan pengikut Bachuk di pangkalan manakala Dayang tidak berkahwin hingga ke akhir hayat. Lembing itu disimpan Dayang dan diwarisi keluarganya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.