Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

Walaupun kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah telah berkurun lamanya berlalu,namun kisahnya sehingga kini masih terus dikisahkan dari satu generasi ke satu generasi. Kisah ini adalah satu kisah benar dan merupakan satu tragedi yang sngat menyayat hati terutamanya kepada nasib malang yang menimpa Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai Laksamana Bentan yang menuntut bela atas kematian isterinya.

dssgft

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ini juga teah difilemkan pada tahun 1961 dan ianya telah dijadikan sebagai satu rujukan serta tontonan kepada generasi masa kini untuk dijadikan tauladan yang sangat berguna.

Kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang telah menjadi sebuah legenda yang sangat masyhur. Ianya bukanlah kisah dogengan, akan tetapi ia merupakan kisah benar yang berlaku di Kota Tinggi, pada tengah hari Jumaat tahun 1699. Sultan Mahmud Syah ditikam sampai mati oleh Laksamana baginda sendiri, seorang pahlawan dari Bentan, kepulauan Jawa, bernama Megat Seri Rama.

dssgft

Tragedi yang berlaku ini sangat menggemparkan, selain sultan beberapa orang pengiring sultanbaginda juga turut menjadi korban Laksamana Bentam yang pada ketika itu hilang pertimbangan kerana dikuasai oleh rasa amarah yang memuncak, setelah isterinya yang sedang mengandungkan anak sulung dihukum bunuh atas arahan sultan, hanya kerana mengidam dan memakan seulas nangka yang diambil dari taman diraja.

Perihal tragedi yang menimpa Sultan Johor yang masyhur ini, telah diceritakan terus menerus, lepas satu ke satu generasi sampai ke hari ini. Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang ini masih menjadi kisah yang sangat diingati oleh penduduk-penduduk asal Kota Tinggi, lebih-lebih lagi orang-orang keturunan Bentan sendiri yang masih takut terkena sumpah jika memijak tanah Kota Tinggi.

dssgft

Mengikut sejarah yang tercatat, dikata di saat hujun mulai turun pada hari Jumaat dalam tahun 1699, pembesar-pembesar istana telah melarang baginda daripada menunaikan sembahyang Jumaat di majid yang terletak berhampiran istana banginda. Cakap-cakap orang telah sampai kepengetahuan Datuk Bendahara Tun Abd. Majid, bahawa Laksamana Bentan yang baru pulang daripada menjalankan titah sultan menghapuskan lanun-lanun di kepulauan Riau telah mengetahui perihal kematian isterinya (Dang Anum) yang sedang sarat mengandung sulung itu.

Datuk Bendahara khabarnya telah mengadap baginda dalam keadaan basah kuyup untuk menyampaikan rasa tidak sedap hatinya dengan menasihati baginda supaya tidak keluar daripada Balai Rong seri sebagaimana kebiasaaannya. Baginda juga telah diberi ingatan oleh Bendahara supaya berhati-hati dengan menambahkan bilangan pengawal diRaja semasa berangkat menunaikan sembahyang Jumaat.

dssgft

Disaat baginda berkira-kira untuk berangkat meninggalkan istana buat kali yang terakhir, seorang pengiring baginda telah datang dan menyembahkan sebilah keris untuk dipakai oleh baginda sebagai langkah berjaga-jaga. Baginda turun dari istana dan memasuki usungan yang diangkat oleh empat orang pengiring dengan dikelilingi oleh ramai pengawal istana.

Di pertengahan jalan, hujan mulai reda, sebagaimana minggu-minggu sebelum itu, baginda akan diturunkan agak jauh dari masjid tetapi pada hari Jumaat yang malang itu, pengawal-pengawal istana baginda berkeras mahukan baginda diusung hingga ke tangga masjid. Dan saat-saat akhir hayat baginda pun tiba, Megat Seri Rama telah hilang pertimbangan, hanya menanti masa untuk menuntut hutang darah

dssgft

Tatkala sultan hampir dengan tangga masjid dan masih lagi di atas usungan, Laksamana Bentan tanpa melengahkan masa terus menerkam dan menikam baginda tepat pada perut baginda, darah merah pekat membuak-buak membasahi pakaian baginda sultan dan menitis jatuh di atas tanah, beriringan dengan titis hujan air hujan yang membasahi bumi.

Baginda mengerang kesakitan, bisa keris yang telah diperasap dengan limau, pantas menyelinap ke segenap urat saraf Sultan Mahmud yang malang itu. Di saat sakaratulmaut sudah menghampiri, baginda sempat mencabut kerisnya dan melontarkan ke tanah lalu terkena di hujung ibu jari Laksamana Bentan. Demi kedaulatan raja yang tinggi, luka yang sedikit itu meninggalkan bisa yang bukan kepalang.

dssgft

Laksamana Bentan sempat mengerang kesakitan untuk seketika sebelum jatuh menemui ajal tidak lama kemudian. Sumpahan seorang sultan yang penuh daulat “Aku sumpah tujuh keturunan Bentan akan muntah darah kalau pijak bumi Kota Tinggi” yang benar-benar terjadi selepas itu apabila jika keturunan Bentan memijak kaki ke tanah Kota Tinggi. Baginda mangkat sebelum diturunkan dari atas usungan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.