Mersing Pernah Dibom Tentera Jepun

Mersing sangat terkenal dengan keindahan pulau-pulaunya. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa Mersing juga turut tercatat di dalam sejarah Perang Dunia Kedau apabila ia menjadi temmpat berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dan tentera Australia iaitu pada Januari 1942.

Menerusi pertempuran tersebut, bandar Mersing telah dibom pada skala yang agak besar. Semasa kemaraan tentera Jepun, pihak British dengan bantuan Batalion ke-20 Tentera Australia telah bersiap sedia di sekitar Mersing untuk mempertahankan kawasan berkenaan.

Keadaan Mersing pada saat itu dipercayai hujan lebat, hal ini menyebabkan air di Sungai Endau naik beberapa meter sehingga menghanyutkan baraj muatan yang ada di situ. Tentera Batalion ke-20 dilengkapi dengan kereta perisai dan periuk api.

dssgft

Menurut Diari Perang dan Arahan Rutin Batalion ke-20 Tentera Australia, pada tarikh 22 Januari 1942 telah berlakunya satu pengeboman besar-besaran di Mersing oleh pihak tentera Jepun. Kesan dari pengeboman tersebut seramai kira-kira 20 tentera Jepun dilaporkan terkorban.

Batalion Ke-18 Tentera Australia pula ketika itu telah bergerak ke Estet Nittsdale yang terletak di Jalan Mersing-Jemaluang. Namun pada 23 Januari 1942, dilaporkan jalan tersebut juga teruk dibom pihak Jepun. Jambatan di bandar Mersing pula musnah akibat dibom sehingga jalan perhubungan terputus.

dssgft

Pada 25 Januari, tentera Jepun meneruskan usaha untuk menawan sebahagian Mersing sementara Batalion 20 pula diarahkan untuk meninggalkan Mersing pada waktu malam dan berkubu di Jemaluang. Pihak Jepun ketika itu turut menjadikan sebuah bangunan di bandar Mersing sebagai markas pertahanan mereka. Bangunan itu yang masih wujud hari ini dijadikan bangunan Majlis Daerah Mersing.

Untuk pengetahuan pembaca setia orangjohor.com, artikel di atas dipetik dari Utusan Online.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.