Misteri Jambatan Permas Jaya & Railway Plentong

Di jambatan ini dikatakan tiap-tiap tahun ada sahaja kemalangan maut yang berlaku. Dikatakan juga jambatan ini dahagakan darah manusia. Apa puncanya? Menurut masyarakat setempat, semasa jambatan ini mula-mula dibina banyak berlakunya kejadian bunuh diri. Bayangan-bayangan aneh sering melintasi jambatan ini dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

dssgft

Ada yang berani ke nak lalu Jambatan ni sorang-sorang tengah malam? Orang berniaga pun tidak berani untuk berniaga sampai lewat malam dan sehingga sekarang ada satu restoran railway di Highway Pasir Gudang, sekarang hanya tinggal restoran kosong sebelum masuk ke Simpang Giant Plentong tidak pernah pemiliknya kekal berniaga

Di kawasan itu pernah ada seorang lelaki berniaga burger sampai ke tengah malam dan katanya gerai beliau pernah dikunjungi oleh seorang perempuan yang berpakaian serba putih sambil mengendong anak. Apabila di perhatikan anak yang dikendong perempuan itu di dalam kain sarung ruppa-rupanya yang dikendong itu adalah batu nisan! Apa lagi kelam kabut peniaga burger itu lari meninggalkan gerainya begitu saja, terus tak berniaga disitu lagi.

dssgft

Menurut cakap-cakap orang di situ, pernah ada pasangan kekasih yang telah menbunuh diri dengan cara berbaring di Railway tersebut sehingga tubuhnya hancur berkecai digilis keretapi. Mereka bertindak sedemikian kerana hasrat mereka untuk berkahwin telah ditentang oleh keluar masing-masing. Pasangan kekasih itu dikatakan telah terlanjur dan si perempuan sedang mengandungkan anak mereka yang usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.

dssgft

Selepas kejadian itu, ramai yang kata mereka terjumpa arwah pasangan kekasih itu berkeliaran sambil mengendong anak tapi yang dikedong adalah batu nisan. mungkin rohnya tidak tenang, sebab itu lah mereka sering ternampak kelibat pasangan itu sering berkeliaran di kawasan tersebut.

Sebelum Bayu Puteri dan Flat Sri Stulang di dirikan di situ, kawasan itu merupakan hutan paya bakau yang di penuhi dengan monyet-monyet liar. Sebelum jambatan ni di dirikan, kalau dari bandar nak ke Permas Jaya, harus melalui Jalan Tebrau – Carrefour Pandan – Highway Pasir Gudang – Plentong dan baru lah sampai ke Permas Jaya.

Sekarang sudah jarang kedengaran tentang gangguan yang berlaku di kawasan itu, mungkin roh-roh mereka yang membunuh diri sudah tenang di alam sana.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.