Misteri Kota Aneh Berkilauan Johor Purba – Asal Usul Johor Purba

Sebelum dikenali dengan nama yang sekarang, Johor telah di sebut- sebut dan terkenal dikalangan pelayar-pelayar Siam, Eropah, Timur Tengah dan Kerajaan sekitar Nusantara dengan berbagai-bagai nama lama sebelum kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam catatan yang terdapat dalam buku Sejarah Melayu hasil tulisan Tun Sri Lanang pada 1612, pada mulanya Johor dikenali sebagai sebagai Gangayu atau Gangga Ayu yang bermaksud sama seperti Warawari merupakan sebuah kerajaan besar di hulu Sungai Johor.

dssgft

Di kalangan orang Siam, Johor lebih dikenali sebagai ‘Ganggayu’ manakala, dalam kalangan orang Jawa pula lebih dikenali sebagai ‘Galuh’ yang mana kedua-duanya membawa satu maksud yang sama iaitu “Batu Permata”. Kerajaan Ganggayu pernah ditewaskan oleh angkatan tentera Raja Suran. Ganggayu dikatakan sebuah negara besar, berkota batu hitam yang berkilauan.

Mengikut catatan Sejarah Melayu pertembungan di antara Tentera Keling, tentera Raja Suran dan rakyat Siam adalah tentera Raja Culan di Ganggayu. Seperti yang telah dicatatkan oleh Tun Sri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu menunjukkan bahawa aktifnya peranan Siam di negeri-negeri Semenanjung. Ahli sejarahwan menamakan Raja Suran sebagai Rajendra Chola 1 yang menyeberangi Selat Melaka menuju Gangga Negara, Beruas.

Setelah itu beliau meneruskan ekspedisinya hingga ke Ganggayu (Gelang Kiu) pada tahun 1025. Raja Suran akhirnya mengahwini Puteri Onang Kio, Anak Raja Kota Ganggayu. Kota Ganggayu dikatakan sebagai sebuah “tempat yang sangat cantik dan pelik” apabila pemerintah Pahang pada ketika itu, Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad melakukan lawatan dengan disambut oleh Iman Perang Indera Gajah di Pulau Tawar
(Hikayat Pahang) kerana persekitarannya penuh dengan kilauan batu permata yang mana sudah dapat dilihat dari jarak yang jauh.

dssgft

Bendahara Wan Ahmad dikatakan tertarik dengan cerita legenda yang dikatakan terdapat seorang perempuan yang sangat cantik di Kota Ganggayu. Ini memperlihatkan bagaimana Kota Ganggayu dikenal dan pemerintah ketika itu begitu kagum terhadap lagenda kota tersebut. Ini dapat dilihat dari peranan kawasan tersebut semenjak zaman purba hingga ke zaman “pelarian” Maharaja Dewa Sura (Gabenor Siam) dikejar angkatan Melaka pada abab ke-15.

Setelah Maharaja Sura berjaya ditangkap, Sultan Mansur Syah telah mengahwini Puteri Wanang Seri anak perempuan Maharaja Dewa Sura. Hasil daripada perkahwinan tersebut, maka lahirlah Raja Muhammad yang telah menikam hingga mati anak Tun Perak kerana tersepak bola raga sehingga terkena tanjak Raja Muhammad. Raja Muhammad dihantar ke Pahang dan menjadi raja Pahang dengan gelaran Sultan Muhammad Shah I.

Kota Ganggayu juga dikatakan pernah menjadi tempat perlindungan dan tempat “beramal” bagi para pahlawan zaman menentang perluasan kuasa Inggeris di Pahang seperti Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Tamadun persekitaran yang mungkin belum pernah ditimbulkan setakat ini ialah kewujudan “negara” Kangsa Indera. Kangsa Indera mungkin merupakan sebuah “negara” atau pusat tamadun yang terletak dalam mukim Pulau Tawar, Jerantut berjiran dengan Kota Ganggayu Antara kedua-dua “negara’ Ganggayu dan Kangsa Indera mungkin bersifat gandingan persahabatan dalam menegakkan daulat masing-masing.

Kota Ganggayu dan Kangsa Indera juga dikaitkan mempunyai hubungan dengan kewujudan Tamadun di sekitar pesisiran Sungai Tembeling yang pernah diperkatakan oleh Chau Ju-Kua, pengembara dan ahli sejarah China (1225) merujuk kepada negara Tan-ma-ling di Semenanjung Tanah Melayu.

dssgft

Semasa Nusantara terkenal dengan perniagaan rempah ratus, para pedagang Arab juga telah datang untuk menjalankan perniagaan di sini. Dari masa kesemasa pengaruh bahasa Arab dan Islam menjadi semakin kuat dengan kedatangan para pedagang Arab ke sini. Orang-orang Arab menyebut batu permata dengan panggilan “Jauhar”. Daripada sebutan Jauhar inilah, nama Johor lebih di kenali dan kekal sehingga sekarang.

Persoalannya, kemanakah ghaibnya batu-batu permata tersebut?

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.