Pasar Muafakat Sabah Di Johor, Lambang Keakraban Rakyat Antara Dua Negeri

Pembinaan Pasar Muafakat Sabah@Johor kini menjadi satu ikon apresiasi Kerajaan Negeri Johor kepada masyarakat Sabah di Johor khususnya yang selama ini turut bersama-sama dalam meningkatkan sosioekonomi setempat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Hasrin Kamal Hashim berkata, kewujudan masyarakat Sabah di Johor sekitar tahun 80-an menjadikan Johor sebagai lubuk emas kepada masyarakat Sabah ketika ini.

muafakat 1

“Pasar muafakat ini merupakan platform dalam usaha menambah pendapatan individu, keluarga dan masyarakat sekitar bagi mewujudkan suasana ekonomi yang lebih kondusif dan rancak malah mampu menggerakkan ekonomi negeri ke arah yang lebih positif.

“Sambutan yang amat menggalakkan dan permintaan yang sangat tinggi dikalangan masyarakat Sabah untuk berniaga juga merupakan salah satu faktor pasar berkenaan dibina, katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pasar Muafakat Sabah@Johor, Bandar |Seri Alam, di sini, hari ini.

muafakat 2

Menurut beliau, masyarakat Sabah yang berniaga dapat mengetengahkan pelbagai barangan keperluan asas dan makanan orang Sabah termasuk produk-produk serta hasil kraftangan yang dibawa dari Sabah kepada penduduk tempatan dan massyarakat Sabah yang menetap di Johor.

Pasar Muafakat Sabah Di Johor ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

muafakat 3

Antara barangan yang boleh didapati disini ialah Mutiara & kraftangan dari Sabah Ikan Bakar, Sup Ikan, Sup Daging Hitam, Ikan bilis, ikan kering & keropok Sabah, Kuih Cincin Sabah, Makanan-makanan tradisional Sabah. Ada juga persembahan tarian & kebudayaan Sabah selain daripada beraneka jenis koleksi barangan Sabah antaranya Amplang, ambuyat & banyak lagi.

Pasar Muafakat Sabah @ Johor ini terletak di Jalan Suria 66, Bandar Seri Alam, Johor Bahru, Johor dan beroperasi dari 6.00 pagi – 10.30 malam (Pasar Makan) dan Bermula 9.30 pagi – 10.30 malam (Pasar Kraftangan).

muafakat 4

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.