Pencipta Jalur Gemilang Berasal Daripada Johor

Sudah 24 tahun Allahyarham Mohamed bin Hamzah telah meninggalkan kita. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993, sebelum usianya genap 75 tahun, di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Siapakan Mohamed bin Hamzah ini dan apakah sumbangan beliau kepada negara?

Untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, Mohamed bin Hamzah merupakan pencipta Jalur Gemilang iaitu bendera Malaysia yang menjadi kebanggaan kita semua. Beliau berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor. Semasa hayatnya beliau, Mohamed bin Hamzah tidak menerima sebarang pengiktirafan. Beliau yang sendiri merahsiakan identiti beliau sebagai pencipta bendera bangsa.

dssgft

Untuk pengetahuan tambahan kepada pembaca- pembaca setia orangjohor.com, hanya selepas 11 tahun pemergiannya barulah beliau diiktiraf sebagai pencipta Jalur Gemilang oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2005, hasil daripada tinjauan yang dibuat oleh Harian Metro dan Arkib Negara.

dssgft

Apabila Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan persekutuan melalui Majlis Perundangan Persekutuan menggesa untuk diadakan satu pertandingan khas reka bentuk untuk bendera baru bagi Tanah Melayu yang bakal merdeka. Mohamed bin Hamzah yang pada ketika itu seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor turut menyertai pertandingan tersebut.

Untuk makluman semua pembaca setia orangjohor.com, seramai hampir 373 karyawan telah menyertai peertandingan reka bentuk yang dianjurkan oleh Masjid Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Hasil dari pertandingan ini, tiga hasil reka bentuk bendera telah dikemukakan dan salah satu darinya merupakan hasil reka bentuk Mohamed bin Hamzah.

dssgft

Untuk memilih satu dari tiga hasil rekabentuk bendara ini, satu undian telah dibuka kepada orang ramai dan hasil undian tersebut telah disiarkan oleh The Malay Mail pada 29 November 1949. Hasil dari undian yang dilakukan ini, menunjukkan 42% telah memilih bendera yang direka oleh Mohamed bin Hamzah yang menampakkan pengaruh bendera Johor, iaitu negeri asal beliau.

dssgft

Kemudiannya bendera yang direka oleh Mohamed bin Hamzah yang mana telah mendapat keputusan undian tertinggi ini telah diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950.

Rasanya sudah tiba masanya untuk kita memberi pengiktirafan yang seharusnya kepada beliau, insan yang mulia yang telah memberikan kita Jalur Gemilang yang menjadi inspirasi kita semua. Simbol ini jugalah yang telah menyatupadukan kita semua pada hari ini. Lambang yang menjadi kebanggaan setiap anak Malaysia.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.