Penempatan Tradisional Kampung Parit Bugis Muar, Budaya Dan Adat Berkekalan

Kampung Parit Bugis merupakan perkampungan tradisional yang harus diberi pujian kerana mengambil inisiatif tersendiri untuk mengekalkan kebersihan dan landskapnya.

Perkampungan itu terdiri daripada 12 penempatan iaitu Parit Masjid, Parit Gantong, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1 hingga 5 dan Sungai Balang Kecil.

Kawasan ini dibuka pada tahun 1909 oleh orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Saribut dan Daeng Abu Bakar dengan menanam getah.

Selepas lima tahun, masyarakat Bugis berkenaan meninggalkan kampung tersebut kerana tanah gambut di kawasan itu tidak sesuai untuk penanaman getah

Seterusnya pada 1913, masyarakat Jawa dari Kabupaten Ponorogo datang meneroka kawasan tersebut, namun nama Kampung Parit Bugis kekal hingga kini walaupun kawasan itu dihuni oleh masyarakat Jawa.

bugis 1

Kampung Parit Bugis merupakan perkampungan tradisional yang harus diberi pujian kerana mengambil inisiatif tersendiri untuk mengekalkan kebersihan dan landskapnya.

Perkampungan itu terdiri daripada 12 penempatan iaitu Parit Masjid, Parit Gantong, Kampung Melayu, Parit Begelen, Simpang Sekolah, Parit Bugis, Parit Nombor 1 hingga 5 dan Sungai Balang Kecil.

Antara tarikan yang ditawarkan di kawasan itu adalah Inap Desa Kampung Parit Bugis yang terletak kira-kira 153 kilometer dari bandar Johor Bahru atau kira-kira dua jam perjalanan yang menjanjikan pengalaman menarik dan tidak mampu dilupakan.

Sebaik sahaja menjejak kaki ke kampung berkenaan, pengunjung dapat menyaksikan sebuah kampung yang bersih dan teratur serta memiliki keindahan landskap yang dihasilkan menerusi semangat gotong-royong.

Keletihan mengharungi perjalanan yang agak jauh hilang apabila para pengunjung disajikan dengan persembahan kebudayaan dan pada masa sama dihidangkan dengan jamuan ringan.

Keadaan persekitaran yang bersih dan landskap yang menarik menjadikan pengunjung tidak sabar untuk meneroka setiap sudut kawasan kampung berkenaan bagi menikmati sendiri suasana sebenar perkampungan tradisional itu.

Inap Desa Kampung Parit Bugis disertai 56 penduduk yang menawarkan 150 bilik penginapan rumah tradisional, separa tradisional dan moden bersesuaian dengan cita rasa pengunjung.

Kekuatan utama inap desa berkenaan adalah kebersihan serta keindahan landskap di setiap rumah peserta apabila penduduk menanam pelbagai jenis pokok bunga selain pokok hiasan yang dijaga rapi di sepanjang jalan kampung.

Pengerusi Inap Desa Kampung Parit Bugis, Saifudin Mohd. Kadak berkata, pengunjung akan disajikan dengan suasana kampung tradisional dan aktiviti harian penduduk terutamanya penghasilan produk industri kecil dan sederhana (IKS).

bugis 2

Beliau berkata, selain produk IKS berasaskan makanan, masyarakat setempat turut menghasilkan produk kraf tangan yang menggunakan bahan terbuang seperti tempurung kelapa, kayu larik dan pembuatan gerabak menggunakan enjin vespa terpakai.

Selain itu, pelancong juga berpeluang menanam pokok di tempat khas yang disediakan sebagai tanda kenangan serta bukti mereka pernah datang ke kampung tersebut dan pokok-pokok yang ditanam akan ditandakan dengan nama pengunjung serta tarikh ia ditanam.

“Para pelancong akan dibawa melawat ke kebun nanas, kelapa, kelapa sawit dan pada masa sama boleh mempelajari kaedah ‘menyawit’. Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat ke tempat pembuatan baulu, kuih cakar ayam serta gula kelapa.

“Pada malamnya, mereka disajikan dengan pelbagai persembahan tradisonal masyarakat Johor seperti tarian zapin, ghazal, adat persandingan, kompang serta jidor, kuda kepang serta persembahan masyarakat Jawa seperti barongan dan kempling,” katanya.

Justeru, pengunjung yang ingin merasai kehidupan kampung sebenar serta ingin menikmati keindahan budaya masyarakat Johor, Kampung Parit Bugis mungkin lokasi paling ideal untuk dikunjungi.

Artikel ini diterbitkan di Utusan Online pada 13 Oktober 2011

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.