Pengarang Karya Agung Melayu, Sulalatus Salatin Berasal Dari Johor

Tun Muhammad atau dikenali sebagai Tun Sri Lanang merupakan anak kepada Tun Ahmad Paduka Raja yang merupakan seorang Bendahara Kerajaan Johor pada kurun ke-17. Beliau dilahirkan di Bukit Seluyut, Batu Sawar, Johor pada tahun 1565.

Beliau merupakan Bendahara Johor pada ketika itu, setelah Johor tewas dalam peperangan dengan Aceh yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Aceh. Tun Sri Lanang kemudiannya telah dibawa ke Aceh pada tahun 1613 dan telah menetap di negeri Samalanga. Dikatakan seramai seribu orang telah mengikuti beliau ke sana.

dssgft

Tun Sri Lanang telah di lantik sebagai penasihat utama oleh Sultan Iskandar Muda dan diberi gelaran “Orang Kaya Datuk Bendahara Seri Paduka Tun Seberang”. Beliau telah mendirikan pusat-pusat penyebaran agama Islam dan pendidikan terutamanya di negeri-negeri pesisir timur Aceh.

Beliau telah dilantik menjadi raja di negeri Samalanga pada tahun 1615. Beliau mangkat pada tahun 1659 di Lancok dan telah dikebumikan di sana. Pada ketika itu, beliau telah berjaya menjadikan negeri Samalanga sebagai sebuah pusat penyebran islam di kawasan timur Aceh.

Tun Sri Lanang sangat dikenali kerana hasil karya agung nya iaitu, Salalatus salatin atau Sejarah Melayu yang merangkumi pelbagai sejarah masyarakat Melayu, Jawa, Brunei, Patani dan Campa. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab berkenaan tidak dapat dipastikan dengan tepat.

Tetapi menurut, Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam susunan Suzana Othman, 2008 telah memperakui Tun sri Lanang sebgai pengarang dan penyusun Salalatus Salatin kerana menurut beliau, Tun Sri Lanang adalah teman rapatnya. Kitad tersebut telah sempurna penulisannya dan peyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun. Salalatus Salatin telah diperakui sebagai satu sumber yang kaya dan lengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara.

dssgft

Tun Sri Lanang mula mengarang Salalatus Salatin pada tahun 1612 dan lebih terkenal sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu di samping jawatannya pada ketika itu sebagai Bendahara Kerajaan Johor. Beliau merupakan seorang yang kreatif dan menpunyai pengetahuan yang luas dalam aspek penggunaan gaya bahasa dan penulisan, serta pengetahuan dalam peraturan dan adat istiadat Melayu.

Karya teragung beliau ini berkait rapat dengan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan seringkali dijadikan sebagai rujukan sejarah bagi mengkaji peradaban Tamadun Islam Beraja. Karya Sulalatus Salatin ini merangkumi pelbagai aspek penceritaan menjadikan ianya sebagai sumber rujukan utama tentang kebudayaan dan ketamadunan masyarakat Melayu awal

Karya ini juga merupakan sebuah karya yang begitu indah dan sangat menarik dari segi gaya bahasa dan persuratannya. Ianya mengadungi unsur kelucuan, kebijaksanaan, sindiran, perlambangan, peribahasa, bidalan, pantun seloka serta gurindam yang dikarang dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Arab, Jawa dan lain-lain bahasa.

dssgft

Karya tersebut tidak terlepas dari ‘Polemik Sejarah’, kerana karya tersebut didawa bukan naskhah asal karangan Tun Sri Lanang tatapi kandunganya adalah daripada Hikayat Melayu Ynag diberikan oleh Tun Bambang Sri Narawangsa, anak kepada Sri Askar Raj, Patani. Hikayat tersebut dikatakan telah disusun semula oleh Tun Sri Lanang atas perintah Raja Abdullah, iaitu adinda Sulta Alauddin Riayat Shah III yang mana akhirnya menjadi Salalatus Salatin.

Sejarah penting berkaitan arahan dan galakan oleh Raja Abdullah kepada Tun Sri Lanang untuk menulis dan mengarang tentang Sejarah Melayu ada tercatat dalam kitab tersebut sebagai mukadimahnya. Dengan titah Raja Abdullah tersebut, dapat disimpulkan bahawa penulisan kitab Sulalatus Salatin telah dimulakan pada 12 Rabiul Awal 1021 Hijrah bersamaan Mei 1612 ketika itu Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja.

Karya ini juga turut dinafikan oleh sesetengah pihak tentang penulis sebenarnya temasuk seorang penulis barat iaitu R.O.Winstedt. Akan tetapi pendapat beliau telah dibantah oleh sarjana-sarjana tempatan dan luar negara. Menurut Tengku Iskandar dalam bukunya Kesusasteraan Melayu Klasik Sepanjang Abad berkata bahawa Tun Sri Lanang bukan penulis asal Salalatus Salatin.

Namun menurut beliau, berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dilakukan, menunjuk bahawa penyalin naskhah Melayu juga boleh dianggap sebagai pengarang kerana banyak memperbaiki kesalahan dan menambah sebarang kekurangan dalam karya, mengurangkan apa yang dirasakan lebih serta mengubah struktur dan gaya bahasa karya asal agar bersesuaian dengan keadaan zaman. Tengku Iskandar berpendapat bahawa Tun Sri Lanang bukan hanya sekadar penyunting malah merupakan penulis asal karya tersebut

dssgft

Syeikh Nuruddin al-Raniri juga turut menjadikan Sejarah Melayu sebagai panduan utama dalam penulisan karyanya, Bustanatus Salatin (Taman Raja-raja) yang ditulis pada tahun 1637-1641. Beliau merupakan seorang ulama, penulis terkenal di Nusantara dan juga sahabat akrab Tun Sri Lanang, turut memetik banyak perkara daripada Sejarah Melayu.

Abdul Samad Ahmad juga dalam Sulalatus Salatin versi beliau, turut membangkang pendapat R. O. Winstedt dengan hujah-hujah yang kukuh. Beliau berasa hairan dengan Winstedt yang beria-ia menafikan Tun Sri Lanang sebagai penulis dan penyusun Sulalatus Salatin sedangkan Winstedt sendiri ada menyatakan dalam mukadimah edisinya yang berbunyi:
“…Demikian bunyinya titah Yang Maha Mulia itu, bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara, peraturan segala raja-raja Melayu dengan istiadatnya…..Bendahara yang disebutkan itu tentunya bukan Tun Bambang….”

Teuku Iskandar dan A. Samad Ahmad juga berpendapat bahawa bukan perkara luar biasa jika seorang Bendahara dapat mengarang hikayat, jika dilihat semula nendanya Tun Isap Misai pernah menulis Hikayat Anak Panah Sedasa. Malah ketokohan dalam bidang penulisan ini juga diwarisi oleh zuriat Tun Sri Lanang contohnya daripada pujangga Riau seperti Raja Ali Haji. Tun Sri Lanang mula menumpukan perhatian dalam pengkajian hasil-hasil kesusasteraan Aceh selepas perang di Batu Sawar pada tahun 1613 apabila beliau ditawan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah III dan dibawa ke Aceh. Oleh sebab itu, beliau mempunyai masa yang panjang untuk mengkaji dan menelaah hasil-hasil karya tersebut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.