Penghujung Asia, Taman Negara Tanjung Piai

Taman ini merupakan taman yang berorentasikan hidupan paya bakau sebagai salah satu daya tarikan yang mampu menarik minat pengunjung tidak kira sama ada di dalam mahupun diluar negara. Taman ini yang terletak dipersisiran pantai dan dihiasi dengan tumbuhan bakau serta ditemani dengan ungas dan haiwan kecil seperti monyet, kera dan beberapa lagi haiwan yang lain telah menjadi salah satu tempat riadah yang wajib dikunjungi sekiranya anda merupakan pencinta alam sekitar. Desiran ombak dan tiupan bayu laut merupakan bonus utama yang terdapat di dalam taman ini.

Taman ini terletak kira-kira 90km ke selatan bandaraya Johor Bahru dan bertempat di Kukup, Pontian. Tanjung Piai ini merupakan salah satu aset utama negara yang terbesar dan telah diiktiraf sebagai Taman Negara milik Malaysia. Tumbuhan seperti pohon bakau merupakan tumbuhan yang amat penting dalam aspek pertahanan dipersisiran pantai. Pertahan ini merujuk kepada pertahanan daripada ombak besar atau dengan kata lainya sebagai benting apabila berlakunya kejadian yang tidak diingini terutama yang melibatkan aktiviti ombak besar.

Taman Negara Tanjung Piai

Kedudukan taman ini yang terletak dipersisran pantai menyebabkan kawasan ini sentiasa dinaiki air apabila berlakunya fenomena air pasang besar dan ianya juga menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang berkunjung di Taman Negara ini, bahkan apabila berlakunya fenomena ini, terdapat pengunjung yang menggambil kesempatan bermain dengan air yang melimpahi kawasan tersebut. Kejadian yang jarang berlaku ini sudah pasti menjadikan ianya sebagai salah satu daya tarikan yang paling unik.

Taman Negara Tanjung Piai

Selain itu juga yang menarik di dalam Taman Negara ini adalah terdapatnya raplika glob dunia yang diletakan pada penghujung jeti, namun begitu, atas faktor keselamatan jeti tersebut telah ditutup sementara ekoran keadaan struktur jati yang kian tenggelam dan tidak stabil, pun begitu, jati tersebut telah dibuka kembali untuk tujuan menarik pengunjung. Apabila anda berada di atas jeti tersebut, anda akan mampu melihat menara pencakar langit milik Singapura serta mampu melihat kapal-kapal yang sedang berlabuh menunggu waktu untuk memasuki Negara itu.

Keindahan ini juga merupakan salah satu daya tarikan yang dimiliki oleh Taman Negara ini. Diingatkan, jika anda ketika itu sedang menerima panggilan atau inggin membuat panggilan, anda dinasihati untuk tidak menjawab atau membuat sebarang panggilan ketika berada di taman ini kerana berkemungkinan harga panggilan yang dikenakan adalah tinggi. Hal ini disebabkan oleh “line” yang terdapat disekitar kawasan itu bertembung dengan “line” yang dimiliki oleh Negara jiran. Jadi berhati-hatilah.

Taman Negara Tanjung Piai

Akhir sekali yang menarik mengenai tempat ini adalah jeti kedua yang dimiliki taman ini. Jeti tersebut juga merupakan salah satu tempat yang dijadikan sebagai latar bagi jurugambar khususnya yang melibatkan sesi bergambar oleh pengantin. Kedudukan jeti ini yang agak jauh ketengah laut menyebabkan pengunjung gemar kesini bagi membolehkan mereka merasai bayu laut yang bertiup sambil menikmati bunyi ombak yang menghempas lautan. Sebelum terlupa, anda tidak digalakan membawa makanan ke tempat ini kerana monyet disini agak gresif dan kemungkinan makanan anda dicuri adalah tinggi. Selamat berkunjung di Tanjung Piai.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.