Penyabong, Tempat Persinggahan Lanun

Mersing juga berkait rapat dengan kisah kewujudan sebuah perkampungan nelayan yang dinamakan Penyabong. Ianya terletak kira-kira 20 kilometer dari bandar Mersing dan lima kilometer dari pekan Endau. Perkampungan Penyabong sangat terkenal dengan pantai Pasir Lanun yang menyimpan sejarah di sebalik namanya. Menurut kisah yang diceritakan oleh orang kampung, asal nama Penyabong timbul sewaktu kumpulan lanun di Laut China Selatan pada kurun ke-19 telah menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan persinggahan mereka.

dssgft

Pada ketika itu, Laut China Selatan merupakan laluan yang sibuk dengan aktiviti perdagangan dari Pantai Timur ke Singapura serta dari China. Oleh kerana itu, lanun-lanun yang berada di sekitar laluan itu sering menjadikan pantai di sekitar Mersing sebgai tempat perlindungan dan mengatur strategi untuk menyerang kapal-kapal pedagang. Bagi mengisi masa yang terluang, kumpulan lanun tersebut sering mengadakan aktiviti sabung ayam.

dssgft

Oleh demikian, pantai tersebut akhirnya dinamakan dengan nama Penyabong. Di pantai itu juga terdapat sebuah batu besar yang dikatakan menjadi tempaat lanun-lanun itu bermain sabung ayam dah batu berkenaan masih lagi wujud sehingga ke hari ini.

Menurut Ketua Kampung Mukim Penyabong, Wan Azman Wan Jusoh, pantai Pasir Lanun yang terletak di Kampung Penyabong itu pula mendapat nama apabila kawasan itu sering menjadi tumpuan lanun-lanun dari sekitar Laut China Selatan untuk berehat.

Menurut Wan Azman, pernah terjadi pergaduhan antara kumpulan-kumpulan lanun yang singgah di Penyabong. Mereka berebut untuk mengambil bekalan air sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku. Malah, peperangan antara lanun dan kapal-kapal pedagang juga pernah berlaku di sini.

dssgft

Wan Azman berkata, Penyabong asalnya dihuni oleh beberapa nelayan yang menjadikan tempat itu sebagai pangkalan untuk menangkap ikan sejak dahulu lagi. Sehingga ke hari ini, aktiviti nelayan dan menangkap merupakan hasil pendapatan utama bagi penduduk di situ.

Ketika Penyabong mula dihuni, terdapat beberapa lagi kampung yang wujud berdekatan seperti Tanjung Resang, Teluk Sari dan Kampung Sisik. Kesemuanya mempunyai kisah tersendiri bagaimana ia mula diduduki. Katanya, menurut cerita orang-orang tua, Tanjung Resang dibuka oleh seorang individu yang berasal dari Terengganu dikenali sebagai Pak Lah. Ketika itu katanya, Pak Lah yang melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan perahu payang singgah di suatu kawasan untuk berlindung daripada ribut.

dssgft

Menurut beliau, pada masa itu, dia berteduh di bawah pokok Resam. Kebetulan, kawasan itu merupakan sebuah tanjung. Jadi, mengikut loghat Terengganu, dia memanggil tempat itu Tanjung Resang. Kemudian, tempat itu mula didatangi orang-orang berasal dari Terengganu yang terus menetap di situ. Manakala, asal kewujudan Kampung Sisik pula diambil sempena seekor Penyu Sisik yang mendarat di pantai dekat situ untuk bertelur.

dssgft

Kini, aktiviti pelancongan menjadi tarikan utama di Penyabong apabila semakin banyak chalet-chalet dan resort yang menarik dibuka dan ditawar pada harga berpatutan, selain wujudnya perusahaan kecil dan sederhana memproses makanan laut dan juga gerai-gerai makanan tradisi masyarakat setempat seperti nasi dagang, keropok lekor, sata, kuih-muih dan banyak lagi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.