Permaisuri Johor Cadang Tubuh Kumpulan Sokongan Bantu Mereka Yang Kehilangan Anak

DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah berhasrat untuk menubuhkan satu kumpulan sokongan khusus bagi membantu ibu bapa terutama kaum ibu yang kehilangan anak-anak.

Idea itu diilhamkan pada majlis santapan tengah hari antara Tuanku Permaisuri Johor dan Puan Norizan Sulong yang juga seorang pensyarah di Istana Bukit Serene, di Johor Bahru pada 9 April 2018.

Baginda serta Puan Norizan yang kehilangan anak akibat kanser berkongsi pengalaman mereka dalam menghadapi kesedihan serta keperluan untuk memberi sokongan serta bantuan kepada orang lain yang turut senasib.

Almarhum Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim, anakanda ketiga Tuanku Permaisuri Johor mangkat pada Disember 2015 akibat kanser hati, manakala anak Puan Norizan, Zakwan Anuar, berusia 15 tahun yang menderita leukemia meninggal dunia akibat penyakit ini pada Oktober 2012.

Baginda dan Puan Norizan secara kebetulan bertemu semasa lawatan Putera William dan isteri, Duchess of Cambridge Catherine Middleton ke Malaysia pada tahun 2012.

“Norizan dan saya merupakan ibu yang kehilangan anak akibat penyakit kanser. Kami berminat untuk menubuhkan kumpulan sokongan bagi membantu ibu-ibu yang telah kehilangan anak-anak serta dalam perasaan sedih,” titah Raja Zarith Sofiah.

Royal Press Office – The Royal Johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.