Permaisuri Johor Dan Paduka Anakanda Berangkat Menunaikan Umrah

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai bagi mengucapkan selamat jalan kepada DYMM Permaisuri Johor dan paduka anakanda yang akan mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah.

Berangkat sama untuk mengucapkan selamat jalan ialah DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam serta YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Pesawat peribadi yang membawa Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah dan paduka anakanda iaitu YAM Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim; YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Encik Dennis Muhammad Abdullah berlepas pada jam 12 tengah hari tadi (19 Feb).

Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Hj Azmi Bin Rohani turut hadir menghantar Permaisuri Johor dan rombongan DiRaja di Senai.

Sumber Royal Press Office – Sultan Johor

umrah 1 umrah 2 umrah 4 umrah 5 umrah 8 umrah 9 umrah 10 umrah 11 umrah 12 umrah 13 umrah 14 umrah 15 umrah 16 umrah 17

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.