Permaisuri Johor Galak Graduan UTM Ceburi Bidang Keusahawanan

Graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) digalakkan memilih keusahawanan sebagai kerjaya masa depan agar dapat menjadi pemangkin transformasi ekonomi negara.

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, graduan boleh mengambil peluang ini melalui kerjasama universiti itu dengan Kerajaan Negeri dalam pelbagai bidang, sebagai strategi menjayakan Gagasan Johor Berkemajuan.

Ini termasuk dalam khidmat rundingan, penyelidikan dan pembangunan, latihan dan pembangunan serta penerbitan.

“Graduan juga perlu meningkatkan keupayaan penguasaan Bahasa Inggeris dalam mempersiapkan diri memasuki dunia pekerjaan kerana ia bahasa perantara perniagaan, pendidikan dan teknologi,” titah Baginda.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM bertitah demikian pada Majlis Konvokesyen UTM ke-60 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai pada 28 April 2018 yang lalu.

Seramai 1,967 graduan akan menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen kali ini.

Sumber Royal Press Office – The Royal Johor

utm 1 utm 2 utm 3 utm 4 utm 5 utm 6 utm 7 utm 8 utm 9 utm 10

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.