Permaisuri Johor Guna Media Sosial Untuk Bantu Rakyat

Mulia dan berjiwa besar. Itu gelaran yang layak diberi kepada DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah yang sanggup turun padang untuk membantu rakyat yang menghadapi kesusahan.

Niat Baginda ikhlas mahu membantu mereka yang memerlukan, walaupun dengan sedikit bantuan, hatinya berasa puas dan lega.

Kini dengan adanya laman Facebook (FB), Raja Zarith Sofiah menggunakannya sebagai medium penting bagi membantu dan mendekati rakyat.

Menerusi laman sosial itu sejak tahun 2015, Baginda menerima ratusan aduan daripada orang ramai membabitkan pelbagai perkara termasuk bantuan kesihatan serta kemiskinan.

Tuanku Permaisuri Johor berkenan meluangkan masa membaca aduan diterima termasuk aduan yang dimaklumkan oleh pengurus Facebook Baginda sebelum ianya dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor serta Bulan Sabit Merah Malaysia.

Bantuan-bantuan yang disampaikan membabitkan peralatan klinikal, pernafasan dan tilam serta sumbangan peribadi daripada Baginda sendiri.

Usaha murni itu diteruskan Tuanku Permaisuri Johor sehingga kini dan Baginda amat berharap masalah peribadi membabitkan pinjaman kewangan, isu perumahan dan keagamaan yang diterima menerusi Facebook dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan.

Sumber Royal Press Office – The Royal Johor

bantu 1 bantu 2 bantu 3 bantu 4 bantu 5 bantu 6 bantu 7

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.