Pesawat ‘Emas’ Boeing 737 Milik Sultan Ibrahim, Kebanggaan Rakyat Negeri Johor

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

DYMM Tuanku Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar adalah seorang yang terkenal mengumpul koleksi kenderaan-kenderaan mewah termasuk kereta, motosikal dan trak. Bukan sahaja mengumpul, baginda juga berkelayakan mengendalikan kenderaan-kenderaan seperti trak, motorsikal berkuasa tinggi, keretapi bahkan juga baginda merupakan juruterbang yang bertauliah.

Pada tahun 2016, Pesawat ’emas’ Boeing 737 milik Sultan Johor selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas melakukan penerbangan khas dari tempat pembuatannya di Amerika Syarikat untuk diserahkan kepada Tuanku Sultan Ibrahim. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar turut berada di lapangan terbang untuk melihat dan melawat pesawat berkenaan selepas ia mendarat.

Pesawat yang berwarna emas yang tertera lambang jata diraja Johor itu dikatakan mempunyai ruang dalaman eksklusif dengan direka khas mengikut permintaan spesifikasi Sultan Ibrahim dilaporkan ditemui Everett, Washington oleh seseorang individu ketika sedang mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat.

Menurut laman web pemantauan radar penerbangan, pesawat itu sebelum ini terbang dari Los Angeles ke Hawaii sebelum ia meninggalkan Honolulu pada 27 Februari. Pesawat itu diletakkan di tempat menyimpan dan menyelenggara kapal terbang bersama beberapa pesawat dan helikopter milik Sultan Ibrahim.

Pesawat berwarna emas dan biru itu turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan dan menurut Sultan Ibrahim, pesawat tersebut boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan untuk mempromosikan Johor. Pembelian pesawat itu juga menurut baginda merupakan sebahagian daripada cita-cita baginda untuk mengembara mengelilingi dunia seperti yang dilakukan oleh Almarhum Nenda-Nenda Baginda.

Pesawat yang dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi ini dianggarkan berharga lebih RM400 juta (AS$96 juta). Selain dari itu terdapat juga ukiran-ukiran khat yang menghiasi ruangan dalaman pesawat selain barangan perabot mewah untuk keselesaan Tuanku Sultan disepanjang penerbangan.

Baginda telah menaiki pesawat ini ke serata pelusuk dunia, sama ada melakukan lawatan rasmi mahupun tidak rasmi. Sultan Johor juga berharap untuk membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

emas 1 emas 2 emas 3 emas 4 emas 5 emas 6 emas 7 emas 8 emas 9 emas 10

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.