Projek Keretapi Berkelajuan Tinggi Singapura – KL Kini Sah Dibatalkan

satu program percuma khas oleh orangjohor.com

Keputusan Putrajaya membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang mengubungkan Singapura dan Kuala Lumpur adalah muktamad, kata perdana menteri.

Menurut Tun Dr Mahathir Mohamad, pampasan yang dikenakan terhadap kerajaan kerana membatalkan perjanjian dimeterai sebelum ini mencecah nilai setengah bilion ringgit.

“Ini adalah keputusan muktamad, tapi ia akan mengambil masa kerana kerajaan mempunyai perjanjian dengan Singapura.

hsr 1

“Saya difahamkan ia (bernilai) hampir RM500 juta,” katanya kepada media pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya petang tadi.

Projek HSR dikatakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi inisiatif perdana menteri sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak. Ia dilaksanakan pada 2010.

Perjanjian dua hala antara Putrajaya – Singapura untuk projek HSR ditandatangani enam tahun kemudian.

Dua rakan kongsi untuk melaksanakan projek itu – Malaysian Resources Corp Bhd-Gamuda Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd menandatangani kerjasama mengenainya bulan lalu.

Projek tak perlu

Apabila siap sepenuhnya perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura hanya mengambil masa 90 minit.

Kata Dr Mahathir, projek HSR itu tidak membawa faedah kepada negara selain memendekkan tempoh perjalanan di antara kedua-dua lokasi, serta menelan jumlah wang yang sangat besar.

“Kerajaan tidak akan mendapat untung sama sekali daripada operasinya,” kata perdana menteri.

Ditanya sama ada kerajaan Singapura sudah dimaklumkan, atau beliau akan bertemu rakan sejawatannya mengenai hal itu, Dr Mahathir berkata: “Saya tak tahu.”

batu pahat

Gambaran Stesen HSR Hentian Batu Pahat

Namun kata anggota parlimen Langkawi itu kerajaan akan cuba meminimumkan kos sehabis mungkin dalam langkah pembatalan berkenaan.

Sebelum ini dalam temu bual bersama Financial Times, Dr Mahathir memberitahu HSR itu adalah satu daripada projek kerajaan yang “tidak perlu”.

Pada 5 April, MyHSR Corp Sdn Bhd mengumumkan konsortium Malaysian Resources Corp Bhd dan Gamuda Bhd sebagai rakan pengendali projek untuk bahagian utara, manakala Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd dan TH Properties Sdn Bhd telah ditugaskan untuk mengendalikan projek bahagian selatan.

Sebanyak lapan stesen dirancang – Bandar Malaysia, Sepang-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri – dengan menjadikan Stesen Jurong East di Singapura sebagai stesen terakhir.

Operasi HSR KL-Singapura ini dijangka beroperasi sekitar 2026 dan mampu mengurangkan masa perjalanan daripada kedua tempat tersebut kepada 90 minit, jauh lebih cepat berbanding perjalanan empat jam menaiki kereta.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.