Satu-Satunya Makam Sultan Melaka Yang Terdapat Di Johor

Tahukah anda bahawa terdapat satu-satunya makam sultan Melaka di Johor yang telah disahkan oleh pengkaji sejarah. Makam tersebut berada di Kampung Raja, Pagoh, Muar, Johor. Tidak banyak catatan dan matlumatberkaitan tentang riwayat hidup Sultan Alauddin Riayat Shah sama ada hilang atau sengaja dihapuskan oleh musuh-musuh politik beliau.

dssgft

Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan sultan Melaka yang ketujuh. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur Shah pada tahun 1477. Baginda merupakan sultan yang paling mementingkan keamanan negeri Melaka. Baginda akan menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi negeri yang selamat untuk berdagang. Baginda juga adalah seorang sultan yang adil dan warak.

dssgft

Namun, kedudukan baginda telah dicabar oleh kekandanya, iaitu Raja Ahmad (pemerintah negeri Pahang, sebuah wilayah di bawah pemerintahan Melaka), kerana Raja Ahmad mendakwa bahawa beliau berhak menduduki takhta kerajaan Melaka. Sultan Alauddin mempunyai banyak musuh, sama ada di dalam atau di luar negeri. Baginda mempunyai empat anak iaitu dua anak daripada setiap isterinya dan ini telah menimbulkan perselisihan tentang siapa yang akan mewarisi takhtanya selepas kemangkatannya.

dssgft

Bendahara Melaka ketika zaman baginda ialah Tun Perak. Baginda meninggal dunia pada tahun 1488 semasa berumur 30 tahun, dan digantikan oleh puteranya, Raja Mahmud. Baginda dimakamkan di Pagoh, Johor Darul Takzim. Sejarah Melayu menggambarkan baginda sebagai raja yang bertanggungjawab dan adil. Baginda sendiri mengamankan negeri Melaka dan jajahannya. Pentadbiran keselamatan dalam negeri berjalan dan lengkap dengan balai-balai pengawalnya.

Makam ini adalah makam Almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah, raja Melaka sebagai yang dibuktikan pada ukiran batu nesannya. Tertulis dalam bahasa arab dan terjemahannya adalah seperti berikut :

dssgft

“Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Ini ialah kubur yang cemerlang almarhum sultan yang suci.
Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat dan kesejahteraan
Allah barang terlimpah ke atas roh mu wahai wali Allah yang terpilih.”

Adalah dipercayai Kampung Pagoh ini sudah ada pada zaman kerajaan Melaka dan sebuah istana telah terdiri di kawasan ini. Kerana pada masa kerja membina masjid dijalankan, telah ditemuai beberapa kepingan tembikar zaman Ming (Zaman raja-raja china T.M. 1368-1644) telah dijumpai di sini. Tambahan pula, Sultan Ahmad putera Sultan Mahmud telah berundur dan bertahan di Pagoh selepas Melaka di ditawan oleh Portugis.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.