Sejarah Bangunan Balai Zahrah, Kini Usang Ditelan Zaman

Bangunan Balai Zahrah atau Balai Cengkih terletak di Bukit Zahrah iaitu di kawasan Taman Bunga Diraja Johor Bahru. Ia mempunyai empat cabang yang menggambarkan empat kelopak bunga cengkih. Almarhum Sultan Abu Bakar menamakan Bukit Zahrah bersempena dengan nama anak saudaranya iaitu Tengku Zahrah di mana ketika itu Sultan Abu Bakar bersemayam di Istana Zahrah (kini telah tiada) yang terletak berhadapan dengan Balai Cengkih.

Antara peristiwa sejarah yang berlaku di Balai Zahrah ialah berlakunya istiadat khas untuk melantik Tunku Mahkota Ibrahim sebagai Sultan Johor pada 7 September 1895 bagi menggantikan Almarhum Sultan Abu Bakar telah telah mangkat.

zahrah 1

Pada hari yang sama, putera sulung DYMM Sultan Ibrahim iaitu DYAM Tunku Ismail (berusia 11 bulan ketika itu dan dikatakan pewaris takhta termuda didunia) telah dilantik sebagai waris takhta kerajaan Johor dengan gelaran Tunku Mahkota Johor.

Selain itu, Balai Zahrah juga merupakan tempat berlangsungnya adat bersanding dan jamuan bagi majlis perkahwinan Tunku Mahkota Ibrahim dengan Tengku Ampuan Maimunah binti Ungku Abdul Majid pada 5 Oktober 1892.

zahrah 2

Balai Zahrah banyak digunakan untuk tujuan adat istiadat Diraja seperti pelantikan, perkahwinan dan majlis doa kesyukuran. Ia kemudian digunakan untuk orang ramai antaranya dijadikan Sekolah Melayu, Sekolah Inggeris Bukit Zahrah School (BZS) dan Sekolah Agama (sebelah petang). Ia juga telah dijadikan Mahkamah Tinggi Johor pada tahun 1917.

Namun bangunan Balai Zahrah kini sudah lama ditinggalkan dan tidak digunakan sehingga ianya semakin usang ditelan zaman. Semoga ada usaha pihak-pihak berwajib untuk memulihara bangunan bersejarah ini supaya tidak hilang begitu sahaja dan sejarahnya dihargai serta menjadi kebanggaan Bangsa Johor.

zahrah 3

Sumber Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor – Jauhar Jurnal Sejarah Johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.