Sejarah Kerabat Diraja Denmark Melawat Johor Pada 1930

Sejak lawatan pertama Sultan Sir Abu Bakar ke Eropah pada tahun 1866 dan disusuli lawatan lain ke beberapa negara besar dunia, negeri Johor sentiasa mendapat perhatian yang istimewa di mata dunia.

Pada 12 April 1930, Kerabat DiRaja Denmark telah membuat kunjungan rasmi ke negeri Johor yang diketuai oleh Putera Mahkota Denmark Prince Frederick, Prince Knud dan Prince Axel.

denmark 1

Seramai 130 tetamu diundang khas termasuk pembesar kerajaan Denmark. Keberangkatan tetamu diraja tersebut disambut oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Sir Ibrahim yang menjadi wakil rasmi Sultan Johor.

Meja santapan diraja dihias meriah dengan susunan bendera kerajaan Denmark dan set pinggan mangkuk yang terkenal pada abad ke-19 diperbuat dari emas, “The Ellenborough Collection” yang dibeli oleh Sultan Sir Abu Bakar sekitar tahun 1880an di Scotland turut digunakan pada majlis tersebut.

denmark 2

Kerabat Diraja Johor yang turut hadir adalah Tunku Aris Bendahara Abu Bakar dan Tunku Temenggong Ahmad. Dalam majlis tersebut, Dato’ Menteri Besar Johor memulakan ucapan dengan mendoakan kesihatan King Christian ke-10 iaitu King of Denmark manakala ucapan balas dilakukan oleh Putera Mahkota Denmark Prince Frederick yang mendoakan kesejahteraan Sultan Johor serta menzahirkan setinggi penghargaan mereka terhadap hubungan dua hala yang sedia terjalin, layanan istimewa keluarga diraja Johor dan keindahan negeri Johor.

Sumber JOHOR Southern Tigers

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Iskandar Zulqarnain
Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.