Sejarah Muar, Johor

Muar merupakan sebuah daerah yang kaya dengan sejarah namun disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna, ramai yang tidak mengetahui tentang sejarah yang pernah berlaku di daerah ini. Sejarah Muar dipercayai telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. Terdapat catatan yang mengatakan bahawa Muar adalah sebahagian daripada wilayah Majapahit. Catatan lainnya pula ada yang mengatakan bahawa Parameswara, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik.

dssgft

Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488). Makam kesultanan Melaka yang lain telah dimusnahkan oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar juga memainkan peranan penting buat Melaka dalam usaha mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menghalang serangan Portugis, satu kubu telah dibina iaitu Kubu Bentayan bagi menghalang serangan dari arah laut.

dssgft

Muar semasa penaklukan Portugis sebuah kubu, ‘Fortaleza de Muar’ telah dibina sebagai pertahanan Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh. Muar pernah menjadi sebuah kerajaan yang berdaulat semasa permerintahan Sultan Ali Iskandar Shah. Negeri Johor kecuali Muar dan Kesang diserah di bawah pemerintahan Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim
di bawah perjanjian British dan Sultan Ali Iskandar Shah.

dssgft

Untuk pengetahuan semua pembaca setia orangjohor.com, Sultan Ali merupakan pewaris sebenar tahta Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau dalam pemerintahan menyebabkan kuasa pemerintahan jatuh ke tangan Temenggung. Setelah kemangkatan beliau pada 1877, Muar akhirnya telah menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Pada awal tahun 1884 Sultan Abu Bakar telah menitah Dato’ Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani.

Juga untuk pengetahuan pembaca-pembaca setia orangjohor.com, Muar selama bertahun-tahun telah menjadi bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Walaupun begitu, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

dssgft

Untuk makluman para pembaca setia orangjohor.com, pada zaman lampau, Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways). Sistem keretapi ini wujud dari tahun 1889 hingga 1925 yang menghubungkan Jalan Sulaiman di Bandar Maharani dan Sungai Pulai pada jarak 22.5 km. Pada 1916, terdapat perancangan untuk memanjangkan landasan sehingga ke Batu Pahat. Walau bagaimanapun, projek tersebut tidak dilaksanakan ekoran halangan geografi dan masalah kewangan.

dssgft

Perkhidmatan keretapi ini elah memudahkan pergerakkan penduduk di samping mengalakkan pertumbuhan ekonomi dengan pembukaan ladang-ladang kelapa di sepanjang koridor rel. Walaupun begitu, kepentingannya telah menurun apabila Jalan Abdul Rahman yang menghubungkan Bandar Maharani dan Parit Jawa telah dibuka pada 1918. Memandangkan Muar pernah menjadi ibu negeri atau bandar terbesar di Johor, kewujudan rangkaian keretapi eksklusif di Muar setanding dengan sistem LRT pada hari ini, satu kemudahan yang malahan ibu kota Kuala Lumpur tidak memilikinya pada waktu itu, adalah satu pencapaian yang menakjubkan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.