Sejarah Tongkang Pechah Di Batu Pahat, Johor

Biasanya kita dapat melihat tongkang di laut mahupun sungai. Namun, di pinggir Batu Pahat, Johor terdapat sebuah tongkang yang tersadai di tepi jalan. Tongkang ini sengaja diletakkan di situ supaya dapat menarik perhatian pengunjung yang pertama kali melawat kawasan itu. Mengikut sejarah, peristiwa tragedi kapal karam yang pernah berlaku di sana ada kaitannya dengan nama Tongkang Pechah.

Tongkang Pechah dipercayai telah wujud pada abab ke-18, iaitu pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Lama Jambi. Menurut Pegawai Sejarah Yayasan Johor, kawasan Tongkang Pechah diterokai oleh sekumpulan pemuda yang berjaya melarikan diri daripada tahanan Belanda di Sumatera, Indonesia yang dikatakan menpunyai hubungan darah dengan pemimpin Kerajan Jambi.

peta tongkang pechah

Dengan disertai penduduk Jambi yang masih setia, mereka melakukan pelayaran dari Sumatera menuju Pantai Barat Tanah Melayu kerana tidak mahu ditangkap semula. Dari pelayaran itu telah membawa mereka ke selatan Tanah Melayu dan bersepakat meneroka laluan sungai sekaligus mencari bekalan makanan. Setelah meninjau sepanjang sungai, mereka memdapati kawasan tersebut tidak berpenghuni dan selamat untuk dihuni mereka kemudiannya bersepakat untuk membuka penempatan di kawasan tersebut yang kini dikenali sebagai Parit Sulong dan Parit Jambu.

Namun, baki kumpulan terakhir yang masih ingin meneruskan pelayaran dan masih berada di dalam kapal untuk mencari kawasan yang lebih sesuai telah ditimpa musibah, sebuah tongkang yang mereka naiki telah pecah serta rosak teruk. Oleh kerana itu, pelayaran terpaksa dihentikan dan mereka bersepakat membuka penempatan disitu. Sempena mengingati pelayaran dan peristiwa yang berlaku mereka telah menamakan penempatan tersebut dengan nama Tongkag Pechah iaitu merujuk kawasan dimana tongkang yang mereka naiki rosak dan karam.

tongkang pechah

Sejak dari itu, Tongkang Pechah telah diiktiraf sebagai penempatan, kebanyakkan penduduknya menjalankn aktiviti pertanian dan perikanan serta telah mewujudkan hubungan yang baik dengan Riau. Sebagai bukti hubungan baik yang telah terjalin, sebuah kampung di Riau telah dinamakan sebagai Kampung Johor dan sebuah kampung di Rengit,Johor dinamakan sebagai Kampung Riau.

Seiring dengan peredaran masa, kini Tongkang Pechah menjadi lokasi penting di Batu Pahat kerana kawasan tumpuan bagi sektor perkilangan, tekstil, kelengkapan elektronik serta pembuatan makanan. Ia merupakan kawasan perindustrian utama di daerah ini sekaligus mengulangi sejarah terdahulu yang mana kawasan ini pernah menjadi kawasan pertanian yang gah sautu ketika dahulu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.