Sejarah Zaman Darurat Di Johor

Zaman Darurat pada tahun 1948 – 1960 merupakan antara titik hitam dalam sejarah Malaysia yang menyaksikan keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) di negara ini.

Ramai rakyat telah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pengganas komunis. Darurat diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.

Bagi mendepani ancaman pemberontakan komunis serta meningkatkan tahap keselamatan, pasukan keselamatan diperkasakan dengan penubuhan Pasukan Mata-Mata Khas (Special Constables), Polis Bantuan (Auxilliary Police), Polis Cawangan Khas (Special Branch), Polis Wanita dan Pengawal Kampung (Home Guards).

DYMM Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar dalam satu majlis di Istana Besar Johor, Johor Bahru pada tahun 1955 turut menzahirkan perasaan murka Baginda dengan tindakan komunis yang dianggap jauh lebih buruk dari tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

“Saya sangat benci dengan kejadian-kejadian buruk yang tidak berkesudahan ini,” titah Baginda.

Almarhum Sultan Sir Ibrahim juga menzahirkan perasaan simpati dengan kesusahan yang ditanggung rakyat jelata akibat tindakan pengganas komunis.

Pada majlis sama, Baginda bertitah menyeru supaya seluruh rakyat negeri Johor bersatu dan meningkatkan lagi usaha untuk memulihkan semula keamanan negeri.

ismail

*Keterangan gambar – Almarhum Sultan Sir Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, ketika itu Tunku Mahkota Johor berkenan memeriksa perbarisan Pengawal Kampung atau Home Guards.

Sumber The Royal Johor

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangjohor.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.